Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
98) PEMBINAAN BANGUNAN TEATER SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mohon dimaklumkan kepada ahli dewan kejayaan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor sepanjang hampir setahun berada di tampuk pemerintahan
Cadangan Bangunan Teater Shah Alam dijadualkan siap pada 4 Jun 2007. Walau bagaimanapun di atas permintaan kerja- kerja tambahan ruang kafeteria, ruang persiapan dan ruang pentas oleh Jabatan Kebudayaan Selangor yang pada ketika itu adalah “End User” bagi bangunan ini telah menyebabkan kelewatan dan lanjutan tempoh masa telah diberi sehingga 31 Mei 2008. Projek ini telah berjaya disiapkan dan diberi Perakuan Siap Kerja pada 6 Ogos 2008.
-
b) Berapakah perbelanjaan pembinaan bangunan tersebut dan adakah ia mengikut piawaian dan spesifikasi yang ditetapkan?
Pembinaan Teater Shah Alam telah memakan belanja sebanyak RM43,838,000.00 dengan kapasiti 800 tempat duduk dan reka bentuk sebagaimana yang telah diulas dan diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor 2003.