Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

10) KEJAYAAN ATLET SUKAN SEA 2017 NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan kesemua atlet Sukan Sea yang memenangi pingat dan berasal dari Selangor

    Seramai 85 orang atlet yang berasal dari Selangor. Selebihnya adalah bukan lahir di Selangor tetapi telah mengikuti program pembangunan sukan di Selangor di bawah persatuan sukan negeri. Berikut adalah senarai atlet-atlet Selangor yang telah menyertai dan memenangi pingat di Sukan Sea KL 2017 baru-baru ini:-

    Bil Nama Sukan
    1 Shalin Bt Zulkifili TENPIN BOWLING
    2 Liew Kien Liang
    3 Siti Safiyah Amirah Bt Abdul Rahman
    4 Natasha Bt Mohamed Roslan
    5 Amy Kwan Dict Weng GIMRAMA
    6 Tee Wei Qi
    7 Tee Wei Wen
    8 Amira Sofiya Binti Amirul Fares
    9 Farah Ann Bt Abdul Hadi GIMNASTIK ARTISTIK
    10 Tan Fu Jie
    11 Nur Azira Bt Aziri
    12 Nur Eli Ellina Bt Azmi
    13 Chau Jern Rong
    14 Mohamad Hazim Syahmi Bin Shahrum LUNCUR AIS
    15 Chew Kai Xiang
    16 Khairil Ridhwan Bin Khalil
    17 Wong De-Vin
    18 Nor Marissa Alia Bt Ahmad Lokman
    19 Farina Shawati Bt Mohd Adnan BERBASIKAL
    20 Muhammad Fadhil Bin Mohd Zonis
    21 Mohamad Shariz Efendi Bin Mohd Shahrin
    22 Syakilla Salni Bt Jefry Krisnan KARATE-DO
    23 Sharmendran A/L Raghonathan
    24 Senthil Kumaran A/L Silvarajoo
    25 Phee Jinq En AKUATIK (RENANG)
    26 Chan Jie
    27 Yeap Zheng Yang
    28 Daniel Lim Jun Liang
    29 Caroline Chan Zi Xin
    30 Mandy Lim Jia Jia AKUATIK (RENANG BERIRAMA)
    31 Chew Yiwei AKUATIK (TERJUN)
    32 Tan Tsien Hann AKUATIK (POLO AIR)
    33 Derek Micheal Duraisingam KRIKET
    34 Muhammad Fitri Bin Mohd Sham
    35 Sivanantha A/L Gobal Krishnan
    36 Ainna Hamizah Bt Hashim
    37 Winifred Anne Duraisingam
    38 Chew Wei Yan TAEKWONDO
    39 Farhan Bin Adam SEPAK TAKRAW
    40 Nor Farhana Bt Ismail
    41 Muhammad Haiqal Bin Damanhuri
    42 Norshahruddin Bin Md Ghani
    43 Ahmad Syukri Bin Abdul Aziz PELAYARAN
    44 Mohamad Faizal Bin Norizan
    45 Muhammad Farhan Bin Hamid
    46 Norashikin Bt Mohamad Sayed
    47 Nur Aishah Kovo Bt Mohd Yusri
    48 Nurul Izzryn Bt Shamsul Ariffin
    49 Emma Firyana Bt Saroji BOLING PADANG
    50 Zuraini Bt Khalid
    51 Nor Hashimah Bt Ismail
    52 Mohammad Syamil Syazwan Bin Ramli
    53 Ng Shi Yeng BOLA KERANJANG 
    54 Ooi Poh Yee
    55 An Najwa Bt Azizan BOLA JARING
    56 Karishma A/P S. Loganathan
    57 Puah Pei San
    58 Muhammad Faizul Bin M Nasir PENCAK SILAT 
    59 Fatin Shafikah Bt Mohd Sukri HOKI (WANITA) 
    60 Raja Norsharina Bt Raja Shabudin
    61 Saiful Bahri Bin Musmin PETANQUE
    62 Anis Amira Bt Basri
    63 Praveen Nair Mathavan EQUESTRIAN
    64 Muhammad Siddiq Amir Bin Jalil RAGBI
    65 Woon Khe Wei BADMINTON
    66 Soong Joo Ven
    67 Muhammad Syahir Asyraf Md Nasir SKI AIR
    68 Lee Hup Wei OLAHRAGA
    69 Raja Nursheena Bt Raja Azhar
    70 Muhammad Ziyad Bin Zolkefli
    71 Joseph Lee Joon Kit MENEMBAK
    72 Adam Nor Bin Azlin BOLA SEPAK
    73 Muhammad Syahmi Bin Safari
    74 Mohd Khairul Effendy Bin Mohd Bahrin FUTSAL
    75 Aiman Zul Rafiq Bin Mohd Fadzul HOKI AIS
    76 Khoo Seng Chee
    77 Low Jun Ming
    78 Mohammad Hariz Bin Mohammad Oryza Ananda
    79 Muhammad Syukri Bin Shaharudin
    80 Muhammad Taufiq Bin Azman
    81 Yap Eu Jin
    82 Lee Rou You
    83 Leong Chee Feng
    84 Koh I – Jie LAWAN PEDANG
    85 Ellya Syahirah Bt Ellias HOKI DEWAN
  2. Sila nyatakan apakah insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada pemenang- pemenang pingat?

    Insentif yang telah diberikan adalah berupa wang tunai dan berikut adalah pecahan bagi setiap pemenang pingat:-

    Pingat Jumlah
    Emas RM5,000.00 seorang
    Perak RM3,000.00 seorang
    Gangsa RM2,000.00 seorang

     

    Jumlah keseluruhan perbelanjaan insentif kepada semua pemenang pingat ini adalah sebanyak RM540,000.00.

  3. Apakah perancangan jangka panjang bagi melahirkan lebih ramai atlet cemerlang dari Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor telah membuat perancangan dengan merangka model baru pembangunan sukan bermula 2016-2020 iaitu untuk tempoh lima (5) tahun. Buat masa ini, model baru ini adalah yang bersesuaian dengan keadaan dan status terkini dalam bidang sukan yang dilihat semakin kompetitif.

    Pendekatan baru dalam model berteraskan kepada konsep 2i iaitu integrate dan incorporate. Konsep ini adalah lebih memfokuskan pembangunan sukan untuk semua peringkat bermula dari akar umbi dan juga ianya melibatkan agensi-agensi yang menjalankan program pembangunan sukan secara langsung mahupun tidak langsung di Selangor ini. Ia melibatkan pengaktifan Majlis Sukan Daerah yang akan menjadi nadi pelaksanaan program-program pembangunan sukan di seluruh negeri Selangor.

    Dengan pelancaran model baru ini, adalah diharapkan supaya lebih ramai lagi atlet Selangor yang cemerlang bukan sahaja di peringkat kebangsaan, malah cemerlang di peringkat antarabangsa.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.