Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
120) KEJATUHAN NILAI RINGGIT MALAYSIA TELAH MENYEBABKAN KENAIKAN HARGA BAJA DAN RACUN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan untuk membantu petani bagi mengatasi kenaikan harga baja dan racun?
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian mengurangkan beban kenaikan harga baja dan racun melalui bantuan dalam program pembangunan tanaman makanan, tanaman industri, perladangan bersepadu dan pemberian input pertanian.
-
Berapa banyak peruntukan disalurkan bagi mengatasi masalah ini?
Bagi tujuan ini sebanyak RM 7.14JUTA telah diperuntukkan pada tahun 2015 bagi mengatasi masalah ini melalui beberapa program seperti berikut:-
Bil. Program Jumlah (RM) 1. Pembangunan Tanaman Makanan (Padi, Buah, Sayur dan Kelapa) 2,750,000.00 2. Tanaman Industri (Nanas dan Umbisi) 300,000.00 3. Perladangan Bersepadu 630,000.00 4. Input-input Pertanian (baja dan racun) 3,460,000.00 -
Bilakah akan dilaksanakan?
Program sedang dijalankan sepanjang tahun