Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

7) KEJADIAN TUMPAHAN MINYAK DI SUNGAI SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah hasil siasatan kejadian tumpahan minyak yang mengakibatkan tiga loji rawatan air di Sungai Selangor terpaksa ditutup pada 12 Oktober 2014?

    3 Loji Pembersihan Air (LPA) Sungai Selangor yang terlibat iaitu Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang telah di henti tugas pada 11 Oktober 2014 disebabkan kehadiran unsur minyak di dalam air

     

    Siasatan bersepadu oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bersama agensi iaitu iaitu Jabatan Alam Sekitar (JAS), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan SPLASH bagi mengenal pasti punca pencemaran tersebut.

     

    Hasil siasatan mendapati beberapa sampel air Sungai Selangor dan anak sungainya ditemui kesan bau unsur minyak. Namun, kesannya hilang apabila siasatan dijalankan di kawasan yang lebih hulu. Ini dipercayai pelepasan dilakukan dalam tempoh yang singkat serta kesannya telah hilang dan telah mengalir ke kawasan hilir.

     

    Sampel-sampel yang diambil telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM), Pusat Penyelidikan Forensik Alam Sekitar UPM dan makmal diakreditasi bagi mengenal pasti jenis minyak. Berdasarkan keputusan analisis yang diperoleh, terdapat jenis minyak diesel dan minyak enjin ditemui di dalam sampel yang diambil.

     

    Pemadanan jenis minyak dengan aktiviti yang signifikan dibuat melalui inventori secara bersepadu yang dijalankan antara LUAS bersama JAS.

     

    MAKLUMAT TAMBAHAN :

    Siasatan pasukan penyiasat mendapati kesan bau dan unsur minyak adalah tidak signifikan dengan aktiviti pengepaman air kolam alternatif. Kawalan pencemaran aktiviti pengepaman air kolam alternatif dilaksanakan dengan berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian pencemaran berlaku.

     

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan kawalan yang lebih ketat di Sungai Selangor untuk mengelakkan kejadian sedemikian berlaku?

    1. Memastikan sumber air di Selangor sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri. Pemantauan dan siasatan berkala dijalankan bagi memastikan sumber air dipelihara daripada pelbagai aktiviti yang memberikan kesan negatif kepada kuantiti dan

     

    Dalam pada itu, usaha penjagaan dan pemuliharaan sumber air dikuatkuasakan melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang telah ditubuhkan :

     

    1. Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai,
    2. Pasukan Petugas Lembangan Sungai, dan
    • Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber

     

    Penguatkuasaan kuasa perundangan yang diperuntukkan juga dilaksanakan secara holistik dalam penjagaan sumber air, antaranya;

     

    1. pelesenan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor),
    2. pemberian Kebenaran Bertulis bagi Aktiviti Pengubahan Sumber, dan
    • pengeluaran Notis Pemberitahuan Kesalahan, Kompaun dan pendakwaan bagi setiap kesalahan yang berkaitan dengan sumber air. Untuk kes pencemaran yang berlaku pada Ogos 2013, pendakwaan telah dibuat dan kini kes sedang dalam peringkat perbicaraan di Mahkamah Seksyen Shah Alam.

     

    Selain itu, beberapa program sedang dilaksanakan, antaranya :

     

    1. Mewartakan kawasan rizab sungai sebagai zon perlindungan bagi tujuan kawalan fizikal dan kualiti air sungai. Tiada aktiviti berisiko tinggi yang menyumbang kepada pencemaran terhadap Sungai Selangor dibenarkan di kawasan rizab sungai yang telah diwartakan
    2. Kajian semula inventori pemetaan pencemaran dengan penganalisaan risiko tahap pencemaran dan menetapkan syarat yang lebih ketat, dan
    Pembangunan Decision Support System, (DSS) bagi pengurusan Lembangan Sungai Selangor secara holistik di mana pelepasan air empangan akan dilaksanakan secara optima dengan mengambil kira keadaan semasa aliran sungai dan juga ramalan hujan di kawasan tadahan. Pembangunan DSS ini juga akan direplikasi kepada lembangan lain secara

     

     

     

     

     

    berfasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.