Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
116) KEJADIAN TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan pihak berkuasa terhadap binaan yang sudah dibina di kawasan berkecerunan tinggi terutama di kawasan Hulu Langat?
Berdasarkan ‘Task Force’ yang telah dibuat di kawasan Hulu Langat, PBT telah mengeluarkan notis kepada pemilik-pemilik rumah yang dibina di lereng-lereng bukit untuk bertanggungjawab ke atas reka bentuk rumah dan berisiko yang akan berlaku keatas pembinaan rumah yang dibina tanpa kebenaran daripada MPKj.
-
Bagaimana pihak berkuasa dapat memastikan tiada pembinaan yang tidak mengikut garis panduan dilakukan sebelum berlaku tanah runtuh?
MPKj akan menubuhkan Unit cerun di mana Unit tersebut berfungsi untuk memantau pembangunan di kawasan berbukit/tanah tinggi