Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

83) KEJADIAN TANAH RUNTUH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kejadian tanah runtuh di Pangsapuri Wangsa Heights, Bukit Antarabangsa pada awal pagi, 23 April 2008 yang mengakibatkan batu - batu besar tergelincir dan menghempap kenderaan - kenderaan penghuni pangsapuri tersebut telah mendapat liputan meluas media -media tempatan. Apakah pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPA ) menyedari bahawa cerun batuan dan cerun tanah di Wangsa Heights diklasifikasikan sebagai cerun berisiko tinggi?

    Jabatan Kerja Raya Malaysia melalui Unit Kejuruteraan cerun sedang
    melaksanakan kajian kawasan berisiko bencana bagi keseluruhan Malaysia.
    Kawasan Hulu Kelang merupakan projek perintis yang mana kumpulan IKRAM Sdn. Bhd merupakan perunding pakar utama dan dalam kajian berkenaan. Kajian ini masih baru bermula sekitar Januari 2008 dan pihak MPAJ masih belum menerima sebarang laporan dari hasil kajian yang dilaksanakan.

  2. Apakah Kerajaan Negeri sedia maklum bahawa Institut Kerja raya Malaysia ( IKRAM ) telah menyiapkan kajian risiko cerun dan pemetaan secara khusus untuk kawasan pembangunan Wangsa Heights berdasarkan "expert judgement' dan menyerahkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya ( JKR ) pada awal tahun 2008?

    Pihak IKRAM telah dilantik oleh Jabatan Kerja Raya peringkat pusat yang
    berpejabat di Kuala Lumpur bagi menjalankan kerja-kerja sebagai
    jururunding (‘consultant’) kajian risiko cerun di kawasan Ampang dalam
    bentuk makro.

    Untuk makluman pihak YB, kajian risiko cerun masih sedang dijalankan oleh pihak IKRAM dan tahap risiko cerun pula sedang di analisa dan belum
    dihasilkan lagi kerana ianya masih di peringkat kajian. Walau bagaimanapun
    segala kerja-kerjapemungutan data (‘data collection’) tapak serta pemetaan
    geomorfologi atau pemetaan keadaan muka bumi (‘condition mapping’)
    pada masa ini telah dilaksanakan. Segala data-data yang dipungut tersebut akan digunakan sebagai parameter di dalam menghasilkan tahap risiko cerun bagi kawasan Ampang. Kerja-kerja ini yang telah bermula pada penghujung tahun 2007 dijangka akan selesai pada akhir bulan September 2008.

    Perlu diingatkan bahawa, bagi mengenal pasti tahap risiko cerun yang sebenar di kawasan Pangsapuri Wangsa Height, kajian secara mikro hendaklah dijalankan. Data-data seperti keadaan kekuatan tanah dan
    pemetaan geologi kejuruteraan terperinci perlulah dijalankan bagi membantu mengenal pasti tahap risiko cerun yang sebenar dan langkah-langkah mitigasi yang perlu diambil. Keputusan, cadangan dan kesimpulan
    dari kajian terperinci ini dapat membantu pihak berkuasa tempatan di dalam mengenal pasti langkah-Iangkah mitigasi yang sesuai supaya kejadian tanah runtuh tidak berulang.

    Namun, susulan kejadian tanah runtuh di Pangsapuri Wangsa Height, Bukit
    Antarabangsa, pada 23 April 2008, tahap risiko cerun bersifat setempat
    adalah berdasarkan ‘expert judgement’ sahaja dan bukanlah hasil analisa
    tahap risiko cerun. Sebarang penemuan hasil ‘expert judgement’ telah
    dikemukakan oleh pihak IKRAM kepada pihak JKR pusat selaku pemilik
    projek kajian risiko cerun bagi tindakan sewajarnyayang bakal diambil.
    Keputusan akhir kajian risiko cerun akan dikemukakan oleh pihak JKR
    kepada agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PST) yang terlibat
    sebagai panduan kepada pembangunan baru dan pembangunan sedia ada
    di dalam memastikan sesebuah pembangunan tersebut berada di dalam
    keadaan yang selamat.

  3. Apakah tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk menjamin keselamatan 208 unit pangsapuri Wangsa Heights yang dimajukan pada tahun 1982 berdasarkan cadangan IKRAM?

    Susulan kejadian gelinciran batu pada 23 April 2008, pihak Kumpulan IKRAM telah mengesyorkan agar pokok-pokok di bahagian cerun di tebang dan bongkah-bongkah batu yang longgar dibersihkan dari permukaan cerun. Antara lain, pihak IKRAM turut mengesyorkan agar kajian penentu geologi serta kajian reka bentuk penstabilan reka bentuk dilaksanakan segera. MPAJ telah melantik kumpulan IKRAM Sdn. Bhd bagi melaksanakan kerja-kerja berkenaan, di mana kerja-kerja peringkat awal iaitu membersihkan pokok-pokok dan bongkah batu yang longgar pada permukaan cerun akan dimulakan pada 8 Mei 2008 sehingga 19 Mei 2008, sementara kajian penentu geologi dan reka bentuk kestabilan akan di adakan setelah kerja-kerja peringkat awal siap dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.