Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
183) KEJADIAN RUMAH MENDAP DI SEPANJANG JALAN SP 7/15, BANDAR SAUJANA PUTRA, JENJAROM
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk membantu pembeli-pembeli rumah di sepanjang Jalan SP 7/15, Bandar Saujana Putra, Jenjarom dimana kejadian mendapan dan keretakan bangunan rumah serius berlaku?
- Mengarahkan pemaju mengemukakan laporan diperakui oleh Jurutera berdaftar berkaitan punca keretakan bangunan dan mendapan tanah yang
- Pemaju perlu membaiki kerosakan rumah (jika berkaitan) dan perlu mengemukakan laporan kaedah/cadangan kerja-kerja pembaikan terhadap kerosakan rumah-rumah yang terlibat serta tempoh
- Pemaju perlu mendapatkan ulasan dan pandangan daripada Jabatan Mineral dan Geosains berkaitan mendapan tanah yang
- Pemaju perlu mengemukakan Surat Perakuan Jaminan daripada Arkitek dan Jurutera bahawa rumah kediaman tersebut adalah selamat untuk diduduki atau sebaliknya.
-
Apakah tindakan penguatkuasaan berlandaskan Undang-Undang diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap pemaju perumahan?
Kegagalan pemaju mematuhi arahan tersebut di atas, mereka boleh diambil tindakan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan di bawah Undang-Undang Kecil 258, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (Kegagalan Pada Bangunan).