Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

5) KEJADIAN JENAYAH DI KOTA DAMANSARA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah jenayah dan kesalahan yang berlaku di Kota Damansara pada tahun 2008 dan 2009

    KEJADIAN JENAYAH DI KOTA DAMANSARA

    KESALAHAN TAHUN 2008 

    (JAN-DIS)

    TAHUN 2009 

    ( JAN-MEI)

    BUNUH 3 1
    ROGOL 5 1
    SAMUN BERKWN

    BERSENJATAPI

    1 0
    SAMUN BERKWN

    TANPA SENJATAPI

    127 49
    SAMUN SENJATAPI 1 0
    SAMUN TANPA SENJATAPI 11 6
    MENDATANGKAN CEDERA 12 2
    CURI 123 66
    CURI M/LORI/VAN 82 14
    CURI MOTOKAR 116 56
    CURI MOTOSIKAL 207 107
    CURI RAGUT 33 7
    PECAH RUMAH SIANG HARI 91 36
    PECAH RUMAH MALAM HARI 73 22
    JUMLAH BESAR 885 367
  2. Senaraikan jumlah kakitangan polis yang dikhususkan untuk memantau keselamatan Kota Damansara.

    Jumlah kakitangan polis bagi balai Kota Damansara seramai 54 anggota – 1 C/Insp, 1 Sub.Insp, 1 Sjn Mejar, 4 Sarjan, 10 Koperal, 12 L/Koperal, 22 Konstabel dan 3 Konst/tambahan.

  3. Apakah tindakan-tindakan yang inovatif dan proaktif yang pernah dilakukan oleh pihak polis untuk menangani masalah ini.

    1. Langkah-langkah yang inovatif dan proaktif yang pernah dilakukan oleh PDRM membantu untuk mengawal kadar jenayah:
      1. Meningkatkan kehadiran polis/ omnipresent di tempat-tempat yang kerap berlaku jenayah. Anggota polis ditempatkan secara statik dan meningkatkan bit, patrol,MPV,rondaan motosikal dan sebagainya.
      2. Mewujudkan Balai-balai Polis Functional/ Komuniti di kawasan-kawasan yang kerap berlakunya jenayah
      3. Ops Sepadu

    Bersama dengan agensi lain seperti imigresen, majlis perbandaran Petaling Jaya, JPJ, Rela dan lain agensi membuat pemeriksaan di tempat yang disyaki menjalankan kegiatan menyalahi undang-undang serta membuat pemeriksaan ke atas kenderaan yang diubahsuai atau disyaki curi

    1. Ops Lejang

    Buat pemeriksaan ke atas workshop tidak berdaftar dan disyaki menjalankan kegiatan meleraikan kenderaan untuk dijual.

    Buat pemeriksaan terhadap kenderaan yang disyaki curi atau diperolehi dengan jalan salah.

    Buat rondaan dan intipan di kawasan yang sering berlaku kecurian.

    1. Ops Dadu

    Buat pemeriksaan di premis-premis yang disyaki ada menjalankan kegiatan judi.

    Mengambil tindakan di bawah undang-undang pencegahan terhadap penganjurnya jika ada cukup bukti untuk menuduhnya.

     

    1. Ops Noda

    Buat pemeriksaan di premis-premis yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran.

    Mengambil tindakan di bawah undang-undang pencegahan terhadap penganjurnya jika tidak ada cukup bukti untuk menuduhnya.

    1. Ops Cantas

    Buat pemeriksaan di tempat-tempat ada kegiatan kongsi gelap dan buat tangkapan jika ada yang terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undangundang.

    Mengambil tindakan di bawah undang-undang pencegahan jika terlibat dan kegiatan kongsi gelap dan tidak boleh dituduh.

    1. Ops Wanted

    Buat pemeriksaan dan tangkap mereka-mereka yang dikehendaki dan juga di mana waran tangkap telah dikeluarkan terhadap mereka oleh mahkamah kerana tidak hadir bicara.

    1. Ops Rentap

    Buat rondaan dan pemeriksaan di kawasan-kawasan yang sering berlaku kes ragut dan samun.

    1. Ops DBKL

    Buat pemeriksaan terhadap suspek seluk saku dan curi ragut di stesen bas. Buat decoy di dalam bas untuk kesan seluk saku, curi ragut dan samun.

    1. Ops Rempit

    Pemeriksaan diberi tumpuan kepada remaja dalam kumpulan 6 orang atau lebih yang menggunakan motosikal.

    Untuk kesan mereka yang terlibat dalam kejadian curi ragut, curi motosikal dan lumba haram.

    Pemeriksaan ke atas motosikal mereka jika ada menggunakan peralatan yang dicuri.

     

    1. Ops Lusoh

    Pemeriksaan terhadap premis-premis yang menjalankan kegiatan barang lusoh untuk pastikan ia berlesen dan tidak ada membeli barang curi.

     

    Selain dari menjalankan operasi tersebut tindakan pencegahan juga diambil terhadap mereka yang tidak boleh dituduh di mahkamah kerana tidak cukup bukti di bawah undang-undang seperti Akta Pencegahan Jenayah, Ordinan Darurat, Akta Kediaman Terhad dan lain-lain undang-undang pencegahan.

    Tindakan pencegahan ini dijalankan sepanjang masa. Mesyuarat-mesyuarat pencegahan jenayah diadakan secara berkala bagi membincangkan keberkesanan tindakan pencegahan dan tergempar apabila kadar Indeks sesuatu tempat menunjukkan peningkatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.