Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
168) KEJADIAN GEGARAN GEMPA BUMI DAN BENCANA ALAM
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu lagi versi gegaran gempa bumi yang telah melanda beberapa kawasan di dalam Negeri Selangor. Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri di dalam membendung dan mengelakkan kejadian bencana alam di kawasan tertentu terus berlaku?
Dari segi bencana alam, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Unit Cerun di Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan akan dikuti oleh beberapa Majlis lain seperti Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Shah Alam. Tujuan Unit ini ditubuhkan adalah untuk memantau dan menilai cerun-cerun yang terdapat di PBT masing-masing dari semasa ke semasa. Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Kawasan Sensitif Alam Sekitar untuk mempertimbangkan dan menilai cadangan pembangunan di kawasan bukit.
-
Apakah Kerajaan Negeri akan atau telah mewujudkan kumpulan-kumpulan dan badan-badan yang dipertanggungjawabkan bagi menyelia setiap kawasan sasaran di dalam Negeri Selangor?
Kejadian gempa bumi yang mengakibatkan berlaku gegaran kecil di Negeri Selangor semuanya berpunca dari aktiviti gempa bumi yang berpusat di Indonesia. Kejadian gempa bumi terakhir yang direkodkan berlaku pada 14 Jun 2011 dengan magnitud 5.4 berpusat di Sumatera Utara. Kesan gegaran adalah bergantung pada magnitud gempa bumi yang berlaku dan pada kebiasaannya ia hanya dirasai oleh penghuni di bangunan yang tinggi sahaja. setakat ini, tiada kerosakan major yang berlaku ke atas bangunan seperti keretakan struktur yang boleh mengakibatkan bangunan tidak selamat diduduki. di antara usaha Kerajaan Negeri bagi memberi kesedaran dan persiapan kepada penghuni yang terlibat adalah dengan mengadakan latihan seperti ‘fire drill’ supaya penghuni bangunan tinggi dapat membiasakan diri dengan latihan kecemasan sekiranya kejadian gegaran akibat gempa bumi.
-
Nyatakan kawasan terkini yang kerap dilanda gegaran gempa bumi di dalam Negeri Selangor dan apakah inisiatif dari Kerajaan Negeri?
Di antaranya kawasan yang terlibat dengan kesan gegaran adalah Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong, Damansara, Shah Alam, Kelang, Putrajaya, K.Lumpur.