Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

64) KEJADIAN BENCANA ALAM

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi mengelakkan kejadian bencana alam di kawasan-kawasan tertentu terus berlaku selain mewujudkan kumpulan yang bertanggungjawab menyelia kawasan sasaran?

    Kawasan-kawasan yang tertentu yang kerap berlaku di negeri ini telah pun dikenal pasti
    oleh Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi seperti Unit Perancangan Ekonomi Negeri
    (UPEN), Jabatan Pengairan dan Saliran, JKR, Pejabat Daerah/Tanah, Pihak Berkuasa
    Tempatan dan lain-lain agensi untuk memantau dan mengambil tindakan susulan bagi
    jangka pendek, sederhana dan panjang yang melibatkan kos dan sebagainya. Sebagai
    contoh salah satu kejadian bencana alam ialah kejadian tanah runtuh di Selangor
    berlaku kebanyakannya pada cerun tambakan, cerun potongan dan cerun semula jadi
    yang melibatkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa berlaku. Statistik
    menunjukkan kebanyakan kejadian kegagalan cerun berlaku dalam musim yang secara
    relatifnya lebih lembap di dalam satu-satu tempoh dan dicetuskan oleh fenomena hujan
    yang lebat dengan paras hujan kurang lebih 300 mm/bulan. Kejadian kegagalan cerun
    juga ditambahkan burukkan lagi oleh faktor-faktor sekunder/aktiviti manusia sendiri. Di
    samping itu program kesedaran kepada masyarakat (Public awareness) / Komuniti
    masyarakat berkaitan apa jua bencana alam yang terdapat di negeri ini telah
    dilaksanakan dan diteruskan oleh semua agensi-agensi/ jabatan-jabatan yang
    berkenaan sama ada di peringkat daerah mahu pun negeri dan juga ada juga agensi
    wujudkan‘Task Force” untuk memantau dari masa ke semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.