Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
171) KEJADIAN BANJIR BERULANG PEKAN DENGKIL
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimana Kerajaan Negeri bercadang menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan yang sering terjejas selepas hujan lebat, khususnya di Pekan Dengkil?
Untuk makluman, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor sedang menjalankan beberapa projek bagi mengatasi masalah banjir kilat yang berlaku di kawasan Pekan Dengkil. Berikut adalah senarai projek yang terlibat :
Selain itu, pihak jabatan juga telah mengemukakan permohonan bagi pelaksanaan Projek Tebatan Banjir di Sg. Parit Tampoi, Mukim Dengkil di dalam RMK-12 kepada Kerajaan Negeri dengan kos sebanyak RM10 juta.
-
Kejadian ban pecah antara alasan utama banjir luarbiasa, apakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan bertukar kepada kaedah lebih kukuh dan boleh diharap?
Banjir luarbiasa yang berlaku adalah kesan daripada kejadian ban pecah yang menyebabkan limpahan air sungai ke kawasan sekitar. Susulan daripada kejadian yang berlaku Kerajaan Negeri telah meluluskan permohonan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk melaksanakan projek Menaiktaraf Ban dan Mengukuhkan Tebing Sungai Langat di Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor dengan keperluan peruntukan sebanyak RM19 juta melibatkan skop kerja pengukuhan tebing sepanjang 8km. Skop kerja adalah seperti berikut:
i. Kerja-kerja penggalian dan mendalamkan sungai.
ii. Kerja-kerja menaiktaraf dan meninggikan ban sungai.
iii. Kerja-kerja penstabilan tebing.
iv. Membina struktur outlet.Kerja-kerja ukur dan penyiasatan tanah sedang dilaksanakan di tapak sebagai persediaan bagi penyediaan rekabentuk dan projek ini dijangka akan ditender pada bulan Disember 2020.