Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
228) KEJADIAN AIR PASANG BESAR DAN HUJAN YANG TIDAK MENENTU MENYEBABKAN BANJIR KILAT YANG SEMAKIN TERUK YANG TIADA PENYELESAIAN TERUTAMA DI LALUAN UTAMA KEPADA AGRO PELANCONGAN SETIAP MINGGU
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perbincangan yang telah dilakukan oleh agensi-agensi berkaitan seperti MPKS dan JPS untuk mencari penyelesaian isu ini?
Pihak Majlis telah membuat lantikan melalui sebutharga bagi kerja-kerja pembersihan longkang monsun di seluruh kawasan pentadbiran MPKS. Manakala pembersihan longkang perimeter adalah di bawah skop kerja KDEB Waste Management Sdn. Bhd. dengan kekerapan pembersihan 1 kali sebulan.
Perkara berkaitan masalah banjir kilat di laluan utama merupakan salah satu Perkara berbangkit yang akan dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam diperingkat MPKS yang turut dianggotai oleh Ahli Majlis dan jabatan/agensi teknikal luaran di peringkat daerah Kuala Selangor seperti JPS dan JKR dimana isu dan tindakan jangka pendek dan jangka panjang dibincang serta diselaraskan.
-
Adakah sebarang bajet pernah diunjurkan untuk permasalahan ini diselesaikan?
Untuk makluman Yang Berhormat, bagi mengurangkan masalah banjir di Sungai Burong, Kerajaan Negeri melalui JPS Negeri Selangor telah mengambil beberapa langkah tindakan jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan jangka masa panjang. Berikut adalah tindakan yang diambil oleh JPS:-
Tindakan Jangka Masa Pendek
Bil. Tajuk Kos (RM)
Tarikh Mula –
Tarikh Siap
Status 1. Kerja – Kerja Kecemasan Membaikkpulih Benteng Outlet Sg. Johol dan Jalan Tepi Sungai Akibat Fenomena Air Pasang Besar Serta Kerja – Kerja Berkaitan, Mukim Tg. Karang,Daerah Kuala Selangor 50,000.00 1.11.2024 –
5.12.2024
Dalam Pelaksanaan 2. Kerja -Kerja Penyelenggaraan Parit Kawasan Mukim Hujung Matang dan Lain – Lain Kerja Berkaitan, Daerah Kuala Selangor 145,998.50 7.11.2024 –
2.1.2025
Dalam Pelaksanaan 3. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Sistem Pengairan di Sg. Burung Serta Kerja Berkaitan di Kawasan Pengairan Sg. Burung, Mukim Tg. Karang, Daerah Kuala Selangor 47,500.00 28.2.2024 –
10.4.2024
Siap 4. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Sistem Saliran di Kg. Batu 12 Sg. Burung Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan, Mukim Tg. Karang, Daerah Kuala Selangor 49,225.00 28.2.2024 –
10.4.2024
Siap 5. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Sistem Pengairan di Kampung Ampangan Serta Kerja Berkaitan di Kawasan Pengairan Sg. Burong, Mukim Tanjung Karang Daerah Kuala Selangor 83,731.80 12.6.2024 –
9.8.2024
Siap 6. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Sistem Saliran di Kg. Sg. Kajang Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan, Mukim Tg. Karang, Daerah Kuala Selangor 79,987.00 12.6.2024 –
9.8.2024
Siap 7. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Sistem Saliran di Kg. Melaka Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan, Mukim Tg. Karang, Daerah Kuala Selangor 101,330.00 12.6.2024 –
9.8.2024
Siap 8. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Sistem Saliran di Kg. Parit 4 Sg. Burung Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan, Mukim Tg. Karang, Daerah Kuala Selangor 62,982.00 12.6.2024 –
9.8.2024
Siap 9. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Sistem Pengairan di Kampung Sungai Sireh dan Serta Kerja Berkaitan di Kawasan Pengairan Sg. Burung, Mukim Tanjung Karang Daerah Kuala Selangor 29,020.00 5.8.2024 –
19.8.2024
Siap 10. Kerja Kecemasan Bagi Mebaikpulih Sistem Saliran di Kampung Sungai Tengi Kiri Serta Kerja Berkaitan di Mukim Tanjung Karang, Daerah Kuala Selangor 200,000.00 11.9.2-24 –
6.11.2024
Siap 11. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Parit Pembuangan di Kg. Parit 4 Sg. Burung Serta Kerja-Kerja Berkaitan, Mukim Tg. Karang Daerah Kuala Selangor 50,000.00 23.8.2024 –
24.9.2024
Siap 12. Kerja-Kerja Penyelenggaran Parit Pakat di Kampung Parit 2 Sungai Burung Serta Kerja Berkaitan di Kawasan Pengairan Sg. Burung, Mukim Tanjung Karang Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor 48,930.00 23.8.2024 –
24.9.2024
Siap Jumlah 948,704.30 Tindakan Jangka Masa Sederhana
Bil. Tajuk Kos (RM)
Tarikh Mula –
Tarikh Siap
Status 1. Kerja-Kerja Menaiktaraf Pintu Air Sg. Johol, Daerah Kuala Selangor, Selangor 2,500,000.00 – Dalam Proses Penilaian Tender Dan Dijangka Akan Dilaksanakan Pada Sukuan Pertama Tahun 2025 Tindakan Jangka Masa Panjang
Bil. Tajuk Kos (RM)
Status 1. Projek Rancangan Tebatan banjir Sungai Tengi 55,000,000.00 Telah Dimohon Dalam RMKe-12 Rolling Plan 5, Bagaimanapun Tidak Disenarai Pendek Oleh Kementerian.
JPS Akan Mengemukakan Permohonan Sekali Lagi Kepada Kementerian di Dalam RMKe-13 Rolling Plan 1.