Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

102) KEHARMONIAN ANTARA KAUM

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan melaksanakan apa-apa kajian terhadap tahap keharmonian antara kaum di Selangor?

    Kajian-kajian sosial dan spesifik mengenai keharmonian kaum telah banyak dijalankan oleh pelbagai universiti dan ia boleh dijadikan sumber rujukan pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri

  2. Apakah strategi dan langkah kerajaan negeri untuk mengekalkan keharmonian yang ada?

    Strategi dan langkah yang perlu diambil untuk mengekalkan keharmonian sedia ada ialah dengan mempunyai sikap bertolak ansur oleh  semua  pihak dan  memberikan keadilan dalam polisi sosial dan  Kegagalan untuk menanam dan memupuk sikap bertoleransi serta polisi- polisi yang tidak memberi jaminan keadilan adalah resepi yang akan membawa kehancuran kepada negara.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.