Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

24) KEHADIRAN ADUN DI MESYUARAT MAJLIS PBT

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sub-soalan telah di tolak

  2. Apa pandangan Kerajaan Negeri terhadap perkara ini?

    Seksyen 23, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) telah menyatakan bahawa:
    “Semua mesyuarat pihak berkuasa tempatan hendaklah terbuka kepada orang ramai dan kepada wakil akhbar melainkan jika selainnya diputuskan oleh pihak berkuasa tempatan itu dengan ketetapan”.
    Selaras dengan peraturan tersebut, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui surat bertarikh 21 November 2018 telah memohon agar semua PBT di seluruh Malaysia memberi kebenaran dan menggalakkan Ahli Parlimen dan ADUN untuk menghadiri Mesyuarat Penuh PBT sebagai pemerhati.
    Kerajaan Negeri menyambut baik akan saranan YB Menteri KPKT. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri juga berpandangan bahawa wajar ada satu platform yang berasingan di antara PBT dan wakil rakyat.

  3. Bolehkah arahan ini ditukar supaya mesyuarat lebih efektif?

    Atas faktor keperihatinan dan keterbukaan, Kerajaan Negeri telah memutuskan agar setiap PBT Negeri Selangor melaksanakan Program Komunikasi Dua Hala di antara PBT dengan wakil rakyat sama ada ADUN atau Ahli Parlimen termasuk dari parti pembangkang. Objektif program adalah bagi membincang dan menyelesaikan pelbagai isu semasa di kawasan ADUN dan Ahli Parlimen masing-masing serta memastikan kebajikan rakyat sentiasa dijaga.

Lampiran

Tiada Lampiran.