Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

155) KEGUNAAN PERUNTUKAN UNTUK AGAMA SELAIN ISLAM

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan kegunaan peruntukan sebanyak RM3 juta pada tahun 2013 dan 2014.

    Kegunaan peruntukan di bawah Jawatankuasa Hal Ehwal selain Islam pada tahun 2013 dan 2014 adalah seperti berikut :

     

    JENIS RIBI PENGGUNAAN 2013 (RM) PERUNTUKAN 2014 (RM)
    TOKONG 1,445,000.00 1,500,000.00
    KUIL & GUDWARA 1,332,500.00 1,050,000.00
    GEREJA 369,500.00 450,000.00
    JUMLAH 3,147,000.00 3,000,000.00

     

  2. Apakah syarat-syarat baru yang telah dikenakan dan lampirkan borang permohonan dan dokumen-dokumen yang diperlukan dalam mengemukakan permohonan?

    Tiada sebarang syarat baru bagi permohonan peruntukan Rumah Ibadat Selain Islam di Negeri Selangor. Syarat-syarat yang sedia ada masih lagi digunapakai untuk permohonan-permohonan

     

    Antara dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti :

    i           Surat permohonan yang menyatakan tujuan bagi tahun semasa; ii            Surat sokongan daripada ADUN/Ahli Parlimen/Penyelaras DUN

    • Senarai cadangan pembelian sebutharga (untuk pembelian peralatan bagi tujuan kelas agama)
    • Perincian sebutharga / Pelan tapak / salinan warta (untuk permohonan baikpulih / naiktaraf bangunan)
    • Salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan
    • Salinan Penyata Akaun Bank yang terbaru vii gambar kerosakan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.