Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
338) KEGIATAN TEKSI HARAM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan PBT terhadap kebanjiran teksi haram di bandar-bandar utama di Selangor?
- Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, tindakan penguatkuasaan teksi haram adalah dibawah bidang kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Walau bagaimanapun, PBT di Negeri Selangor turut terlibat dengan operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh SPAD dalam usaha menangani kebanjiran teksi haram.
-
Adakah PBT mengambil kira kesulitan yang dihadapi oleh pemandu teksi berkaitan dengan hentian teksi untuk mengambil penumpang?
- Di dalam setiap perancangan pembangunan, kemudahan infrastruktur awam seperti hentian teksi telah diambil kira. Selain itu, PBT juga mensyaratkan pembinaan hentian teksi dan bas di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai seperti di kompleks membeli belah, hospital, stesen komuter serta kawasan lain yang bersesuaian.