Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

22) KEGIATAN PERTANIAN DUSUN TUA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha yang telah diambil untuk mempromosikan buah-buahan tempatan sekaligus menarik kehadiran lebih ramai pelancong-pelancong.

    Antara usaha-usaha yang diambil oleh Jabatan Pertanian Negeri Selangor khususnya Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat bagi meningkatkan lagi promosi buah-buahan tempatan dimana sekaligus dapat menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan Dusun Tua diantaranya adalah:-

     

    Menganjurkan program-program jabatan bersama pemimpin dan penduduk Dusun Tua antaranya Pesta Makan buah-buahan tempatan, Pertandingan Dusun Buah-buahan terbaik, Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Pertanian, Program Mesra Rakyat dan pelbagai lagi program boleh diadakan dimana secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi hasil pendapatan petani berkenaan sekaligus menarik lebih ramai pelancong/pengunjung ke Dusun

  2. Sila nyatakan usaha dan tindakan yang telah/akan diambil untuk menggiatkan lagi aktiviti pertanian terutamanya buah-buahan seperti durian yang berkualiti tinggi di Dusun Tua.

    Antara usaha dan tindakan yang telah/akan diambil untuk menggiatkan lagi aktiviti pertanian terutamanya buah-buahan seperti durian yang berkualiti tinggi di Dusun Tua adalah:-

     

    Mewujudkan kelompok usahawan tanaman buah-buahan tempatan khususnya di kawasan Dusun Tua dimana dibimbing oleh pihak Jabatan Pertanian secara terus bertujuan untuk memastikan tanaman- tanaman yang diusahakan berada dalam keadaan yang baik dan pengusaha melaksanakan amalan pertanian yang

     

    Membimbing pengusaha kearah pensijilan MyGap supaya pengusaha mendapat luang pasaran hasil pertanian mereka lebih baik dan berkembang terutama untuk tujuan

     

     

    Antara program-program yang sedang rancak atau sedang dijalankan buat masa ini adalah Bantuan Tanam Semula Pokok Buah-buahan Terpilih dimana program ini diwujudkan bertujuan untuk membantu pekebun-pekebun kecil menggantikan pokok-pokok yang telah tua dengan pokok baru yang terdiri daripada varieti yang komersial. Bantuan berbentuk input-input pertanian diberi kepada pengusaha bertujuan membantu pengusaha mencapai potensi hasil yang sebenar seterusnya dapat meningkatkan lagi hasil pendapatan petani berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.