Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

108) KEGIATAN MENGOREK PASIR DI KG KUALA AMPANG

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat aduan bahawa kegiatan melombong pasir di pertemuan Sungai Ampang dan Sungai Kelang di Kg Kuala Ampang, Hulu Kelang berjalan rancak selama kira-kira 8 bulan sebelum Pilihan raya Umum ke-12. Kegiatan itu dihentikan beberapa hari sebelum hari mengundi. Awal bulan Julai 2008, kegiatan mengorek dan mengangkut pasir ini dijalankan semula. Sila kemukakan anggaran keuntungan (jika ada) atau kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri daripada kegiatan perlombongan pasir tersebut.

    Keuntungan dari segi kutipan royalti dan kompaun yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri
    daripada kegiatan perlombongan pasir tersebut bagi tahun 2007 ialah
    RM19,339,651.61.

  2. Jika kegiatan perlombongan pasir tersebut merupakan satu kegiatan haram, apakah tindakan yang akan dilakukan oleh kerajaan terhadap pesalahnya

    Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara 1965 (Pencabutan
    atau pemindahan bahan batuan secara tidak sah) yang mana boleh dikenakan denda
    yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang
    tidak melebihi satu tahun, atau kedua-keduanya.

  3. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan dalam melibatkan penyertaan masyarakat dan orang ramai dalam memantau dan membuat aduan terhadap kegiatankegiatan perlombongan pasir haram selaras dengan dasar kerajaan memasyarakatkan ekonomi rakyat.

    Kerajaan Negeri telah melancarkan Program Rakan Pasir iaitu satu program yang
    menyediakan kemudahan kepada orang awam untuk menyalurkan maklumat / aduan
    kes-kes pencurian pasir melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada Pihak
    Berkuasa. Program ini dipantau oleh Bahagian Penguatkuasaan, Pejabat Tanah dan
    Galian Selangor dan nombor talian yang disediakan ialah 33886.

Lampiran

Tiada Lampiran.