Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

239) KEGIATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah program yang telah dirancang mengenai kebudayaan dan kesenian sejak tahun 2008?

    1. Pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan bagi memastikan aktiviti  kebudayaan dan kesenian di Negeri Selangor terus diwarisi dan tidak lapuk ditelan  zaman terutama bidang seni yang berkaitan dengan kehidupan seperti kraf tangan, bahasa, tradisi, makanan, seni & muzik, sejarah, teater, teknologi, seni bina, agama, sistem pendidikan, busana dan kegiatan masa senggang. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan memfokuskan beberapa bidang  untuk  memastikan  perkembangan seni budaya Negeri Selangor dapat ditonjolkan dengan

     

    Di antara program yang telah dilaksanakan sejak tahun 2008 sehingga kini  adalah  seperti berikut :-

     

    1. Sambutan Tahun Baru Cina – untuk meraikan Pertubuhan Bukan  Kerajaan (NGO) dan golongan kurang berkemampuan dari kaum

     

    1. Mengadakan Majlis Dialog Bersama Budayawan, Karyawan dan Seniman –  untuk mengupas isu dan masalah yang perlu diteliti bagi meningkatkan taraf kebudayaan di Negeri

     

    • Mengadakan klinik permainan gasing – kerjasama dengan Persatuan Gasing Negeri Selangor untuk berkongsi minat dan pembelajaran kepada masyarakat mengenai permainan seni

     

    1. Pementasan teater rakyat – bagi menarik minat dan pendedahan kepada masyarakat untuk tidak melupakan seni teater yang  berkonsepkan  “edutainment”. – “Menunggu Kata Dari Tuhan” dan “Menanti Perang Berakhir”

     

    1. Membuat program kerjasama dengan Tourism Selangor Sdn. Bhd. (TSSB) untuk melihat aktiviti seni budaya yang dipersembahkan. – Pesta Bon Odori dan Persembahan Karate Do

     

    1. Festival Jalanan – menggabungkan aktiviti kebudayaan, seni mempertahankan diri, kraf tangan dan pelbagai seni muzik dari pelbagai kaum sempena Program

     

     

     

    Musical Extravaganza di sekitar Shah Alam sebagai tarikan orang ramai untuk melihat keunikan kebudayaan di Selangor.

     

    • Sambutan Hari Budaya Kanak-Kanak Peringkat Negeri Selangor – yang mengetengahkan bakat dan kebolehan kanak-kanak dalam aktiviti kebudayaan dan dipersembahkan untuk memupuk minat kanak-kanak terhadap seni kebudayaan.

     

    • Majlis Berbudaya Bersama Rakyat – program yang mengumpulkan aktiviti seni budaya sukan rakyat dengan penyertaan dari pelbagai agensi kerajaan dan  bukan kerajaan di Negeri Selangor bagi memperkenalkan dan mengekalkan warisan budaya sukan rakyat kepada generasi
  2. Apakah polisi kerajaan mengenai kebudayaan dan kesenian di Negeri Selangor?

    1. Budaya adalah perlakuan harian dan cara hidup sesuatu kaum. Bagi Kerajaan Negeri, polisi mengenai budaya Negeri Selangor adalah mempamerkan cara hidup semua kaum dan etnik di Selangor dengan setulus mungkin. Jenis-jenis makanan, pakaian, permainan, tarian dan muzik adalah sebahagian daripada unsur dan elemen yang harus diketengahkan dalam mengenali budaya sesuatu kaum. Selain itu turut mengambil kira dasar kebudayaan kebangsaan, iaitu :-

     

    1. Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau

     

    1. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan

     

    • Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan

     

    1. Polisi kerajaan mengenai kebudayaan dan kesenian di Negeri

     

    Selain itu juga, Kerajaan Negeri turut menitik beratkan aspek penerapan nilai-nilai murni dan budaya di kalangan masyarakat melalui aktiviti seni budaya, di samping meningkatkan martabat sukan rakyat serta melahirkan kanak-kanak yang berbudaya positif.

     

    Begitu juga dengan seni persembahan teater yang merupakan salah satu elemen kebudayaan yang harus diterap dan dipupuk bagi memastikan peningkatan seni budaya dapat dikekalkan.

  3. Cara-cara untuk menggalakkan orang ramai berminat dalam bidang ini.

    1. Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan untuk menggabungjalinkan seni budaya pelbagai kaum melalui program-program yang telah dirancang sebagai salah satu cara untuk menggalakkan masyarakat berminat dan terlibat secara langsung dalam bidang

     

    Di Negeri Selangor, terdapat banyak pusat dan tempat rekreasi yang boleh digunakan sebagai tempat untuk mempersembahkan seni karya, seni muzik dan budaya juga tidak bertumpu kepada seni nyanyian. Antaranya Laman Budaya Shah Alam yang mampu untuk seniman dan karyawan berkarya dan dipersembahkan kepada pengunjung yang mengunjung tempat tersebut. Sehubungan itu, melalui pusat dan tempat yang sedia ada ini, secara tidak langsung program-program kebudayaan yang dilaksanakan  mampu untuk menarik dan menggalakkan orang ramai mengenali seni budaya yang dipersembahkan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.