Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
127) KEGANASAN RUMAHTANGGA SEMASA PKP
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mengapakah pejabat agama tidak memberi perhatian kepada aduan secara online dan mengambil masa yang lama untuk aduan offline untuk diselesaikan?
Pejabat agama sentiasa menerima dan memberi perhatian kepada aduan secara online sama ada melalui panggilan telefon atau melalui e-mel. Walau bagaimanapun, peningkatan aduan yang banyak turut memberi kesan kepada pegawai untuk menjawab dan memberi maklum balas kepada semua aduan online yang diterima memandangkan jumlah kakitangan amat terhad.
Tindakan penyelesaian secara offline pula amat terhad apabila Negeri Selangor berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) serta penutupan pejabat agama kepada orang awam dilaksanakan menyebabkan tindakan secara offline tersebut adalah terbatas.
-
Bagaimanakah Kerajaan negeri dapat membantu mangsa-mangsa keganasan rumahtangga di masa PKP ini?
Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin dan memandang serius kes keganasan rumah tangga yang kian meningkat pada ketika ini. Justeru, Kerajaan Negeri melalui JKM Negeri Selangor telah mengambil langkah proaktif untuk menangani isu keganasan rumah tangga seperti berikut :
i. Advokasi Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 1994 kepada pegawai dan kumpulan yang memerlukan bagi mencegah kes AKRT;
ii. Khidmat Nasihat dan Kaunseling kepada mangsa AKRT;
iii. Kempen Kesedaran Anti Keganasan dengan mengedarkan pamphlet & poster kepada pejabat kerajaan dan premis-premis awam;
iv. Kerjasama dengan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (NGO) yang bergiat aktif dalam membantu mangsa keganasan rumah tangga seperti Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO); dan
v. Kerjasama inter agensi melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga. Antara aktiviti yang telah dijalankan bagi membendung kes berkaitan keganasan terhadap wanita dan keluarga khususnya di Negeri Selangor adalah seperti 16 Hari Aktivisme Melawan Keganasan Berasaskan Gender Sempena Hari Wanita Antarabangsa, forum, webinar dan persidangan meja bulat melalui media sosial.