Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
63) KEGANASAN RUMAHTANGGA SEMASA PKP
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan bilangan kes keganasan rumah tangga dan kadar tahun 2021 berbanding 2020 mengikut DUN.
Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor, jumlah kes keganasan rumah tangga yang telah dilaporkan di Negeri Selangor pada tahun 2020 adalah sebanyak 321 kes dan sehingga Jun tahun 2021 pula adalah sebanyak 197 kes.
Bagi kes tertinggi pada tahun 2020, ianya melibatkan DUN Kajang dan DUN Rawang iaitu sebanyak 15 kes, diikuti DUN Semenyih dan DUN Kota Anggerik sebanyak 13 kes. Manakala bagi setengah tahun pertama Januari hingga Jun 2021, Dun Kajang mencatatkan kes keganasan rumah tangga tertinggi iaitu sebanyak 11 kes diikuti DUN Pandan dan DUN Rawang sebanyak 10 kes.
Jumlah kes keganasan rumahtangga mengikut DUN pada tahun 2020 sehingga Jun tahun 2021 adalah seperti berikut:-
NO. DUN JUMLAH KES TAHUN 2020 TAHUN 2021 (Jan-Jun) 1. N01: Sungai Air Tawar 0 0 2. N02: Sabak 1 0 3. N03: Sungai Panjang 1 2 4. N04: Sekinchan 0 0 5. N05: Hulu Bernam 0 0 6. N06: Kuala Kubu Bharu 6 4 7. N07: Batang Kali 5 4 8. N08:Sungai Burong 0 0 9. N09: Permatang 0 0 10. N10: Bukit Melawati 1 2 11. N11: Ijok 1 0 12. N12: Jeram 1 1 13. N13: Kuang 5 3 14. N14: Rawang 15 10 15. N15: Taman Templer 5 1 16. N16: Sungai Tua 10 9 17. N17: Gombak Setia 9 6 18. N18: Hulu Kelang 1 8 19. N19: Bukit Antarabangsa 1 1 20. N20: Lembah Jaya 9 3 21. N21: Pandan 7 10 22. N22: Teratai 11 4 23. N23: Dusun Tua 5 2 24. N24: Semenyih 13 6 25. N25: Kajang 15 11 26. N26: Sungai Ramal 11 5 27. N27: Balakong 12 5 28. N28: Seri Kembangan 10 8 29. N29: Seri Serdang 12 5 30. N30: Kinrara 10 5 31. N31: Subang Jaya 9 1 32. N32: Seri Setia 8 2 33. N33: Taman Medan 9 7 34. N34: Bukit Gasing 5 4 35. N35: Kampung Tunku 4 0 36. N36: Bandar Utama 10 0 37. N37: Bukit Lanjan 4 8 38. N38: Paya Jaras 3 0 39. N39: Kota Damansara 2 3 40. N40: Kota Anggerik 13 5 41. N41: Batu Tiga 10 4 42. N42: Meru 1 0 43. N43: Sementa 3 1 44. N44: Selat Klang 3 3 45. N45: Bandar Baru Klang 2 2 46. N46: Pelabuhan Klang 3 5 47. N47: Pandamaran 1 1 48. N48: Sentosa 8 7 49. N49: Sungai Kandas 3 0 50. N50: Kota Kemuning 11 5 51. N51: Sijangkang 7 8 52. N52: Banting 12 9 53. N53: Morib 3 1 54. N54: Tanjang Sepat 0 0 55. N55: Dengkil 6 5 56. N56: Sungai Pelek 4 1 Jumlah 321 197 -
Berapa bilangan kes yang telah dibawa ke mahkamah?
Berdasarkan rekod JKM Negeri Selangor, bilangan kes yang telah dibawa ke mahkamah bagi tempoh Januari hingga Jun 2021 adalah sebanyak 43 kes, di mana daerah Hulu Langat mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 20 kes, hampir 47% dari jumlah keseluruhan kes di Negeri Selangor.
Jumlah kes yang mendapat Perintah Perlindungan Kecemasan/ Emergency Protection Order (EPO), Perintah Perlindungan Interim/ Interim Protection Order (IPO), Perintah Perlindungan/ Protection Order (PO) dan Mahkamah mengikut daerah adalah seperti berikut:-
PKMD/ DAERAH EPO IPO PO MAHKAMAH PKMD Daerah Klang 3 5 0 5 PKMD Gombak 0 3 2 3 PKMD Petaling 0 5 1 5 PKMC Shah Alam 0 8 2 8 PKMC Subang Jaya 2 0 0 0 PKMD Hulu Langat 0 20 5 20 PKMD Kuala Langat 0 0 0 0 PKMD Hulu Selangor 0 0 0 0 PKMD Sepang 0 2 0 2 PKMD Kuala Selangor 0 0 0 0 PKMD Sabak Bernam 0 0 0 0 Jumlah 5 43 10 43 -
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk menangani isu keganasan rumah tangga?
Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin dan memandang serius kes keganasan rumah tangga yang kian meningkat pada ketika ini. Justeru, Kerajaan Negeri melalui JKM Negeri Selangor telah mengambil langkah proaktif untuk menangani isu keganasan rumah tangga seperti berikut :
i. Advokasi Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 1994 kepada pegawai dan kumpulan yang memerlukan bagi mencegah kes AKRT;
ii. Khidmat Nasihat dan Kaunseling kepada mangsa AKRT;
iii. Kempen Kesedaran Anti Keganasan dengan mengedarkan pamphlet & poster kepada pejabat kerajaan dan premis-premis awam;
iv. Kerjasama dengan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (NGO) yang bergiat aktif dalam membantu mangsa keganasan rumah tangga seperti Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO); dan
v. Kerjasama inter agensi melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga. Antara aktiviti yang telah dijalankan bagi membendung kes berkaitan keganasan terhadap wanita dan keluarga khususnya di Negeri Selangor adalah seperti 16 Hari Aktivisme Melawan Keganasan Berasaskan Gender Sempena Hari Wanita Antarabangsa, forum, webinar dan persidangan meja bulat melalui media sosial.