Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

124) KEGANASAN RUMAHTANGGA MELIBATKAN WANITA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar kerajaan negeri untuk membantu golongan wanita yang terlibat dalam kes kes keganasan keluarga dan juga sebagai mangsa rogol?

    Kerajaan Negeri Selangor memandang serius dengan kes-kes keganasan rumah tangga (domestic violence) dan juga mangsa rogol yang melibatkan wanita sebagai mangsa. Justeru itu, Kerajaan Negeri seiring dengan negeri berkebajikan akan meneruskan pelbagai program seperti One Stop Crisis Centre (OSCC) dan kempen-kempen anti keganasan terhadap wanita dan keluarga. Selain itu, program-program terhadap kesedaran terhadap keganasan juga akan dipergiatkan lagi.

    Melalui Jawatankuasa Tetap hal Ehwal Wanita dan Keluarga juga, Kerajaan Negeri akan merangka perihal program-program pembangunan keluarga dan pemerkasaan keluarga selaras dengan nilai-nilai murni dan mengikut acuan agama masing-masing.

  2. Berapakah jumlah kes yang diterima oleh Kerajaan negeri sejak Tahun 2014 hingga bulan Oktober 2015?

    Statistik menunjukkan dari Januari hingga April 2015 sebanyak 1,644 kes telah dilaporkan berlaku di seluruh negara. Sebanyak 1,236 kes adalah melibatkan golongan wanita. Negeri Selangor merupakan negeri yang mencatatkan kes keganasan rumahtangga yang tertinggi dalam Malaysia iaitu sebanyak 275 kes dan diikuti dengan Negeri Sarawak sebanyak 75 kes (sumber diperolehi dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM)).

    Manakala jumlah kes keganasan rumahtangga yang telah dilaporkan melalui program OSCC kepada Kerajaan Negeri semenjak pada tahun 2014 adalah sebanyak 2,564 kes (sumber dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor).

Lampiran

Tiada Lampiran.