Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
242) KEGANASAN DOMESTIK
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah statistik keganasan domestik di Selangor berbanding seluruh negara?
Statistik keganasan domestik di Selangor dan seluruh negara.
TAHUN
NEGERI SELANGOR SELURUH NEGARA PERATUS
2008
1102
3769
29.2%
2009 (Jan-Sept)
844
2794
30.2 %
-
Apakah inisiatif bagi mengurangkan berlakunya keganasan domestik?
Inisiatif bagi mengurangkan berlakunya keganasan domestik.
1) Kempen Kesedaran
- ceramah–ceramah di persatuan.
- menekankan hak–hak wanita mengikut peruntukan undang –undang yang dipakai di negara ini dan dasar yang telah digubal di peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
- mengadakan mesyuarat multi agensi ( Kesihatan / PDRM / JKM / Badan Bukan Kerajaan) untuk mengenal pasti permasalahan keganasan
2) Kaunseling
- membantu wanita yang menghadapi pelbagai masalah termasuk menentang sebarang bentuk keganasan.
- Sek 11 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994
- pihak–pihak berkenaan dirujuk kepada badan
- Pihak–pihak berkenaan dirujuk kepada terapi pemulihan , psikoterapi atau lain-lain kaunseling pendamai yang sesuai.
3) Peranan Masyarakat
- memberi khidmat dan bantuan sebagai sukarelawan dengan menyumbang tenaga dan masa di pusat krisis.
- Menanam nilai kemanusiaan tanpa keganasan dalam kehidupan seperti sikap toleransi dan prihatin.
4) Peranan Media Massa
- memaparkan kes-kes yang berlaku untuk dijadikan contoh kepada masyarakat.
5) Kepercayaan peribadi
- sikap beragama
- tugas dan tanggungjawab ibu bapa
- percaya kepada perkahwinan untuk selamanya
- bersikap empunya
- kepercayaan kepada agama dan adab resam
6) Elemen persekitaran
- keluarga hendaklah mengamalkan kehidupan sihat
- hubungan baik dengan jiran / sanak saudara
- tiada masalah kewangan
7) Faktor psikologi
- personaliti diri
- tidak tersisih kepada masyarakat
Berdasarkan kepada statistik tersebut mendapati terdapat peningkatan untuk kes rogol di Negeri Selangor. Di antara sebab-sebab berlakunya peningkatan kes rogol adalah
- Mangsa kebanyakannya mudah jatuh cinta kepada lelaki yang baru dikenali atau hanya beberapa kali membuat temu janji.
- Mangsa mudah dipengaruhi oleh janji–janji manis / pujuk rayu daripada teman lelaki di mana lelaki tersebut mengatakan akan bertanggungjawab sekiranya terjadi apa-apa perkara yang tidak diingini. Contohnya mangsa mengandung.
- Mangsa sendiri mengikut suspek ke hotel dan melakukan hubungan seks. Kadang kala mangsa telah banyak kali mengikut suspek ke hotel dan melakukan hubungan seks sehingga belasan kali.
- Mangsa tidak tahu menjaga diri di mana mangsa kes rogol sanggup mengikut teman lelaki balik ke rumah pada waktu malam dan tidur bersama seterusnya melakukan hubungan seks atas dasar cinta tanpa diketahui oleh keluarga
- Kebanyakan kes di mana pertama kali mangsa telah melakukan hubungan seks secara separuh paksa dan dipujuk rayu oleh teman lelaki. Selepas kejadian pertama, setiap kali perjumpaan teman lelaki mereka akan meminta untuk melakukan hubungan seks. Oleh kerana takut ditinggalkan, mangsa mengikut kehendak teman lelaki mereka.
- Mangsa mengenali suspek melalui telefon/SMS/internat. Seterusnya mereka mengaturkan perjumpaan dan semasa perjumpaan mangsa dirogol.
- Semasa mangsa menggunakan telefon awam seorang diri dan berbual-bual dengan lelaki yang tidak dikenali atau menaiki motosikal mereka untuk bersiarsiar telah dibawa ke tempat lain dan seterusnya dirogol. Kebiasaannya mangsa tidak mengetahui butir-butir pengenalan suspek.
- Pendedahan kepada unsur–unsur kebaratan dan keganasan melalui media massa, elektronik, bahan cetak mahupun VCD lucah. Secara tidak langsung pengaruh seumpama ini menyebabkan individu yang kurang asas agama boleh terpengaruh .
- Peningkatan ekonomi, sosial dan pendidikan yang mencabar menyebabkan peningkatan kepada masalah ketahanan mental dan fizikal.
- Kelekaan ibu bapa dalam mengejar pembangunan ekonomi sehingga melupakan soal pembangunan insan dan nilai-nilai murni yang sepatutnya diberi kepada anak-anak.