Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
284) KEGAGALAN PKNS MEMBINA RSKU
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sehingga 31 Oktober 2024 sebanyak 4,188 unit Rumah Selangorku telah siap dibina dan diserahkan kunci kepada pembeli bagi tahun 2024. Kemukakan alasan mengapa PKNS gagal membina RSKU untuk tempoh sepanjang tahun 2024?
PKNS sentiasa komited dalam membina Rumah Selangorku (RSKU) sejak Dasar RSKU diperkenalkan pada tahun 2013. Sehingga kini, PKNS bersama Anak Syarikat dan Syarikat Penswastaan telah berjaya menyiapkan sebanyak 4,289 unit RSKU di Selangor sejak tahun 2013.
Jumlah pembinaan RSKU bergantung kepada program pembangunan PKNS. Pada tahun 2024, tiada syarat keperluan untuk pembangunan RSKU namun ini tidak bermakna PKNS gagal membina unit RSKU. Sebaliknya, tahun 2024 adalah tempoh di mana PKNS sedang memuktamadkan cadangan keseluruhan pembangunan yang sedang dalam perancangan termasuk komponen pembangunan RSKU. Pada masa kini, PKNS sedang dalam proses mendapatkan kelulusan Pelan Kebenaran Merancang untuk projek yang terlibat.