Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

238) KEGAGALAN PEMAJU

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan Negeri terhadap pemaju yang gagal menyerahkan dewan, tadika dan kemudahan awam lain seperti syarat bina dan serah ?

    1. Status Kemudahan Awam (Dewan, Tadika, Surau dan Gerai) yang  disyaratkan  Bina dan Serah dalam Kawasan Majlis Bandaraya Shah

     

     

    Bil

     

    Kemudahan Awam

     

    Disyaratkan Bina dan Serah *

    Status Pembinaan
    Telah Dibina Belum Dibina
    1. Dewan 107 55 52
    2. Tadika 110 31 79
    3. Surau 149 101 48
    4. Gerai 58 14 44

    Nota : * Tapak Khas/Berasingan untuk kemudahan awam

     

  2. Nyatakan jumlah kegagalan ini bagi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan jelaskan apakah puncanya ?

    1. Punca pemaju gagal membina dan menyerahkan kemudahan-kemudahan  awam tersebut :-
      1. Fasa Pembangunan

     

    Terdapat tapak-tapak pembangunan yang masih  belum  dibangunkan sepenuhnya oleh pemaju terutama bagi projek-projek pembangunan yang berskala besar di mana ianya dibangunkan secara berperingkat mengikut fasa pembangunan. Kemudahan-kemudahan awam dibangunkan  mengikut  jumlah unit kediaman yang dibangunkan dan anggaran penduduk yang akan mendiami kawasan tersebut.

    1. Kelulusan Terdahulu

     

    Pembangunan terdahulu yang mana kelulusannya diproses oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor tidak mensyaratkan kemudahan-kemudahan awam ini dibina tetapi hanya diserahkan tapak sahaja selaras dengan peruntukkan Di Bawah Seksyen 200 Kanun Tanah Negara (Akta 56). Walau bagaimanapun, Majlis mengambil inisiatif dengan mensyaratkan kepada pemaju supaya tapak-tapak tersebut dibina dan diserahkan  kepada  Majlis bagi memastikan penduduk menikmati kemudahan dan prasarana yang  baik bagi kwaasan kejiranan mereka.

    • Masalah Pemaju

     

    Terdapat juga kawasan yang telah diluluskan pelan pembangunannya tetapi  masih belum dibangunkan kerana pemaju mempunyai masalah kewangan sehingga menyebabkan pembangunan tidak dapat dilaksanakan dan  siap separuh jalan (terbengkalai).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.