Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

231) KEGAGALAN CERUN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan kawasan yang mempunyai masalah cerun runtuh.

    Kawasan yang mempunyai masalah cerun adalah seperti di daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat. Masalah cerun sering berlaku disebabkan hakisan di cerun akibat aktiviti perladangan dan pertanian serta pemaju haram di atas cerun selain pembentung tepi jalan yang tidak boleh menampung kapasiti air yang tinggi semasa musim hujan lebat.

  2. Apakah tindakan Kerajaan negeri untuk mengurangkan kegagalan cerun?

    Bagi mengurangkan kegagalan cerun, tindakan sedia ada hanyalah dengan memastikan longkang di tepi jalan, pemotongan rumput dikawasan cerun diselenggara dengan baik (First Berm). Tindakan di peringkat Persekutuan pulayang melibatkan cerun di jalan persekutuan, Quantitave Risk Hazard Assesment (QRA) telah dilakukan untuk mengenalpasti lokasi cerun-cerun yang berisiko tinggi untuk kearah tindakan pencegahan (Preventive work)   selain hanya kerja-kerja pembaikan cerun (corrective work) yang telah          dijalankan sebelum ini. Akan dicadangkan supaya lokasi cerun yang kritikal dibawah jalan negeri mengikut pendekatan yang sama.

Lampiran

Tiada Lampiran.