Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

136) KEDUDUKAN TANAH TOL DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Banyak berlaku kekecohan berhubung dengan penggunaan tanah TOL di negeri Selangor. Berapakah jumlah tanah TOL yang diberi kebenaran menggunakannya?

    Jumlah Tanah TOL yang telah diberi kebenaran menggunakannya adalah seperti jadual berikut :-

    BIL   DAERAH   BILANGAN TANAH TOL
    1. KLANG 1,115
    2. SABAK BERNAM 250
    3. GOMBAK 594
    4. HULU SELANGOR 366
    5. PETALING 60
    6. HULU LANGAT 1,633
    7. KUALA SELANGOR 26
    8. KUALA LANGAT 279
    9. SEPANG 125
        JUMLAH   4,448
  2. Apakah syarat-syarat penggunaan tanah TOL dan adakah boleh ditukar kepada pemilikan kekal?

    Syarat –syarat penggunaan tanah TOL adalah :

    1. Tidak boleh digunakan selain dari tujuan kegunaan TOL yang diluluskan; ii. Tidak boleh menanam tanaman kekal; iii.      Tidak boleh mendirikan apa jua bangunan atau sebarang binaan kekal yang lain;
    2. TOL akan tamat sekiranya pemegang TOL meninggal dunia atau dibubarkan sesuatu badan (persatuan/pertubuhan/syarikat);
    3. Lesen TOL tidak boleh diserahkan kepada pihak/orang lain menurut Seksyen 68 Kanun Tanah Negara;
    4. Lesen TOL hanya berkuat kuasa mengikut tempoh yang dinyatakan di dalam lesen dan tertakluk kepada perancangan Kerajaan di kawasan TOL tersebut.

    TOL boleh ditukar kepada pemilikan kekal sekiranya tanah tersebut merupakan tanah kerajaan yang layak dilupuskan secara pemberimilikan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara.

  3. Mengapakah sering berlaku kekecohan berhubung dengan penggunaan tanah TOL?

    Kekecohan berhubung dengan penggunaan tanah TOL sering berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya :-

    1. Pemegang TOL tidak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Contohnya, TOL bagi kegunaan gerai telah dijadikan restoran dan rumah kediaman.
    2. Pemegang TOL mengusahakan tanah TOL melebihi sempadan yang diluluskan.

Lampiran

Tiada Lampiran.