Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

257) KEDUDUKAN RIZAB PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan butiran terperinci kesemua rizab PBT Negeri Selangor sejak 2007 hingga 2011 secara perbandingan ?

     

    Secara keseluruhannya, dari tahun 2007 hingga tahun 2011, rizab tunai PBT Negeri Selangor telah menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan iaitu daripada RM-83.25 juta kepada 50 juta.

     

    Butiran terperinci kesemua rizab tunai PBT Negeri Selangor dengan mengambil kira tunai di bank dan simpanan tetap ditolak dengan cagaran, deposit dan tanggungan semasa sejak tahun 2007 hingga tahun 2011 adalah seperti di lampiran A.

     

  2. Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi oleh PBT khususnya dalam usaha menambah jumlah hasil kutipan tahunan dan seterusnya memperkukuhkan rizab ?

    PBT di negeri Selangor sentiasa berusaha memperbaiki kedudukan rizab masing-masing. Prestasi rizab PBT dalam tempoh lima tahun terkini telah menunjukkan Walau bagaimanapun terdapat halangan-halangan dan cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh PBT khususnya dalam usaha menambah jumlah hasil kutipan tahunan dan seterusnya memperkukuhkan rizab mereka.

    Antara halangan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh PBT-PBT dalam meningkatkan rizab mereka adalah seperti berikut:

    1. Iklim ekonomi dunia yang tidak stabil menyebabkan kenaikan kos terhadap bahan-bahan keperluan asas dan seterusnya memberi impak terhadap kos operasi

     

    1. Pendapatan utama PBT adalah bergantung kepada kutipan cukai taksiran iaitu hampir 70 peratus daripada keseluruhan hasil. Nilaian ke atas harta-harta Majlis adalah sejak tahun Kadar cukai taksiran

     

     

     

    juga tidak pernah dinaikkan sejak dua puluh tahun IaIu. Keadaan ini mewujudkan prestasi hasil Majlis hanya meningkat dalam lingkungan 4 hingga 5 peratus yang mana tidak seimbang dengan kadar peningkatan indeks pengguna.

     

    • PBT memberi perkhidmatan yang meliputi bukan sahaja kawasan perbandaran tetapi juga kampung-kampung. Kos perkhidmatan bandar dan penyelenggaraan akan meningkat pada setiap tahun. Selain itu, peningkatan aduan awam juga menyebabkan PBT terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi bagi memastikan kawasan perbandaran dapat diuruskan dengan

     

    1. Tahap kebertanggungjawaban dan kesedaran tentang tanggungjawab membayar cukai yang masih rendah di kalangan penduduk walaupun pelbagai kaedah pemberitahuan serta saluran pembayaran telah dilaksanakan termasuk kutipan bergerak oleh

     

  3. Sila huraikan apakah langkah-langkah proaktif yang diimplimentasikan oleh PBT untuk memastikan rizab setiap PBT terus stabil dan bertambah ?

    Langkah-langkah proaktif yang diimplimentasikan oleh PBT untuk memastikan rizab setiap PBT terus stabil dan bertambah adalah seperti berikut:

    • Mempertingkatkan kutipan cukai taksiran dengan menguatkuasakan tindakan di bawah Seksyen 148 Akta

     

    1. Menubuhkan Jawatankuasa bagi memastikan perlaksanaan kutipan dan sasaran hasil dijalankan. Program insentif kepada kakitangan turut diberikan sekiranya mencapai sasaran kutipan hasil yang ditetapkan melalui Jawatankuasa Teras

     

    • Mengadakan kempen bayaran cukai taksiran yang melibatkan kawasan perumahan dan kampung yang tertentu yang mempunyai tunggakan cukai taksiran yang

     

    1. Melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan bagi meningkatkan prestasi kutipan Selain itu, kaedah penjimatan, kawalan bajet dan kawalan kos dipraktikkan dari masa ke semasa bagi menggalakkan jabatan membuat perbelanjaan berdasarkan keperluan dan keutamaan tanpa melibatkan sebarang kos tambahan.

     

    1. Membuat perbandingan faedah yang telah ditawarkan oleh pihak bank bagi memastikan pelaburan simpanan tetap dibuat ke dalam bank yang menawarkan faedah yang kompetitif

     

    1. Berusaha mencari hasil-hasil baharu yang membantu menjana pendapatan

Lampiran

Tiada Lampiran.