Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

189) KEDUDUKAN PELABUR ASING DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah benar bilangan pelabur asing berkurangan di Malaysia, termasuk juga di Selangor sejak 10 tahun yang lalu ? Pohon kemukakan datanya

    Bagi tempoh 10 tahun iaitu dari tahun 2006 hingga 2015, secara keseluruhannya Negeri Selangor masih kekal sebagai destinasi pilihan para pelabur. Dari statistik projek perkilangan yang diluluskan oleh MIDA menunjukkan Negeri Selangor berjaya menarik pelaburan di sektor perkilangan sebanyak RM 91.098 bilion. Negeri Selangor terus mencatatkan jumlah kelulusan bilangan projek yang tertinggi berbanding negeri – negeri lain dengan 2,729 projek perkilangan bagi tempoh tersebut. Secara umunya terdapat trend penurunan pelabur asing semenjak 10 tahun yang lalu kerana Malaysia secara amnya dan Selangor khususnya tidak lagi memfokus kepada industri-industri berintensifkan

     

    Jumlah pelaburan yang diterima di Negeri Selangor bagi tempoh 10 tahun

     

    Tahun Pelaburan Tempatan

    (RM)

    Pelaburan Asing

    (RM)

    Jumlah

    Pelaburan (RM)

    2006 3,054,241,068 2,274,343,250 5,328,584,318
    2007 6,989,739,432 4,191,710,937 11,181,450,369
    2008 2,866,163,788 9,004,746,225 11,870,910,013
    2009 2,752,526,769 4,007,064,182 6,759,590,951
    2010 5,494,986,553 5,146,848,848 10,641,835,401
    2011 4,504,853,012 4,237,146,599 8,741,999,611
    2012 7,305,494,367 4,429,323,568 11,734,817,935
    2013 6,207,711,909 3,625,294,944 9,833,006,853
    2014 3,836,871,787 3,205,388,189 7,042,259,985
    2015 4,182,475,179 3,781,323,681 7,963,798,860

     

    * Sumber : MIDA

  2. Jika ya, apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri bagi menarik pelabur asing ke Selangor?

    Antara usaha- usaha yang dilaksanakan bagi menarik lebih ramai pelabur datang ke Negeri Selangor adalah seperti berikut;-

     

    1.    Pengurusan

    • Menyediakan pelan perancangan strategik sektor
    • Memperkukuhkan peranan agensi penggalakan pelaburan seperti Invest Selangor bagi membantu sebagai pemudahcara pelaburan kepada para
    • Memperkasakan Unit Pelaburan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi membantu pihak pelabur diperingkat Pihak Berkuasa
    • Memastikan Mesyuarat Industrial Park Management Committee (IPMC) diadakan sekerap mungkin di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi menyelesaikan isu-isu pengurusan dan penyelenggaraan kawasan-kawasan
    • Menyediakan kawasan perindustrian yang kondusif dengan membenarkan Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan peruntukkan MARRIS bagi menyelenggara kawasan – kawasan perindustrian yang sedia
    • Menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian baru dengan penglibatan anak syarikat Kerajaan Negeri dan pemaju
    • Pihak Kerajaan Negeri menggalakkan pembukaan kawasan perindustrian baru yang berkonsepkan Managed Industrial Park dengan konsep Gated and
    • Membantu pihak industri menyelesaikan isu – isu pelaburan yang berbangkit melalui Mesyuarat Penyelarasan Projek yang diadakan setiap bulan dan dipengerusikan oleh YB
    1. Initiatif e-commerce bagi membantu usahawan tempatan melebarkan pasaran produk keluaran
    2. Invest Selangor Advisory Network – menjalinkan kerjasama strategik dengan penyedia perkhidmatan profesional bagi memberikan perkhidmatan kepada

     

    2.    Networking

     

    • Meningkatkan usaha promosi di luar Negara seperti program lawatan penggalakan pelaburan. Pada tahun ini, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor telah merangka 17 program promosi pelaburan ke Negara-negara yang telah dikenal
    • Meningkatkan jaringan networking dengan kedutaan-kedutaan asing di Malaysia, Dewan-Dewan Perniagaan Asing dalam dan

     

    • luar Negara melalui program kunjungan hormat yang diadakan dari masa ke semasa.
    • Penyertaan wakil Kerajaan Negeri dalam misi penggalakan pelaburan dan perdagangan anjuran MITI / MIDA
    • Mewujudkan jaringan kerjasama strategik dengan syarikat milikan asing yang ada di Selangor bagi memperkenalkan negeri Selangor kepada pelabur-pelabur di Negara

     

    3.    Promosi

     

    • Mempromosikan peluang-peluang pelaburan melalui pengiklanan dalam media cetak atau elektronik dalam dan luar
    • Penyertaan dalam pameran yang bertaraf
    • Penganjuran Selangor International Expo yang dijadualkan pada 20 – 22 Oktober 2016 bertempat di MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan,

     

    Antara kekangan dan kemajuan yang telah dicapai adalah seperti berikut;-

    Kemajuan yang dicapai hasil daripada aktiviti pelaburan adalah seperti berikut;-

    1. Negeri Selangor masih mengekalkan kedudukan sebagai destinasi pilihan para pelabur dan merupakan antara negeri yang mencatatkan jumlah nilai pelaburan

     

    1. Sepanjang tempoh 2006 hingga 2015, Selangor mencatatkan jumlah bilangan kelulusan projek tertinggi berbanding negeri – negeri

     

    • Industri tumpuan utama iaitu (Life Sciences, Electrical & Electronics, Machinery Equipment, Food & Baverages, Transport Equipment) menyumbang sebanyak 51% kepada jumlah nilai pelaburan projek-projek perkilangan yang diluluskan di Negeri Selangor bagi tempoh 2006 hingga

     

    1. Sebanyak 226,117 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan hasil daripada projek-projek perkilangan yang diluluskan di Selangor, iaitu 26% daripada jumlah potensi peluang pekerjaan yang diwujud hasil daripada kelulusan projek perkilangan di Malaysia.

     

    Namun begitu, Negeri Selangor juga menghadapi kekangan dan cabaran dalam menarik pelaburan ke Negeri Selangor. Antara cabaran-cabaran yang dihadapi adalah seperti;-

     

    1. Keadaan ekonomi global yang tidak menentu menyebabkan ramai pelabur mengambil langkah berhati-hati dalam membuat keputusan untuk

     

    1. Persaingan dalam menarik pelaburan di peringkat antarabangsa dan antara negeri-negeri di

     

    • Kos awalan pelaburan yang tinggi disebabkan kenaikan harga tanah-tanah

     

    • Tawaran tenaga kerja yang kurang dan kebanyakan pekerja tempatan tidak berminat untuk bekerja dalam sektor perindustrian.
  3. Apakah kekangan dan kemajuan yang telah dicapai?

    Antara kekangan dan kemajuan yang telah dicapai adalah seperti berikut;-

     

    Kemajuan yang dicapai hasil daripada aktiviti pelaburan adalah seperti berikut;-

    1. Negeri Selangor masih mengekalkan kedudukan sebagai destinasi pilihan para pelabur dan merupakan antara negeri yang mencatatkan jumlah nilai pelaburan

     

    1. Sepanjang tempoh 2006 hingga 2015, Selangor mencatatkan jumlah bilangan kelulusan projek tertinggi berbanding negeri – negeri

     

    • Industri tumpuan utama iaitu (Life Sciences, Electrical & Electronics, Machinery Equipment, Food & Baverages, Transport Equipment) menyumbang sebanyak 51% kepada jumlah nilai pelaburan projek-projek perkilangan yang diluluskan di Negeri Selangor bagi tempoh 2006 hingga

     

    1. Sebanyak 226,117 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan hasil daripada projek-projek perkilangan yang diluluskan di Selangor, iaitu 26% daripada jumlah potensi peluang pekerjaan yang diwujud hasil daripada kelulusan projek perkilangan di Malaysia.

     

    Namun begitu, Negeri Selangor juga menghadapi kekangan dan cabaran dalam menarik pelaburan ke Negeri Selangor. Antara cabaran-cabaran yang dihadapi adalah seperti;-

     

    1. Keadaan ekonomi global yang tidak menentu menyebabkan ramai pelabur mengambil langkah berhati-hati dalam membuat keputusan untuk

     

    1. Persaingan dalam menarik pelaburan di peringkat antarabangsa dan antara negeri-negeri di

     

    • Kos awalan pelaburan yang tinggi disebabkan kenaikan harga tanah-tanah

     

    1. Tawaran tenaga kerja yang kurang dan kebanyakan pekerja tempatan tidak berminat untuk bekerja dalam sektor perindustrian.

Lampiran

Tiada Lampiran.