Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

354) KEDUDUKAN KEWANGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan butiran terperinci bagaimanakah prestasi kewangan Negeri Selangor bagi tempoh 9 bulan yang pertama tahun 2014 ?

    Jumlah wang awam yang terdiri dari wang tunai dan pelaburan yang dipegang bagi ketiga-tiga Kumpulan Wang Disatukan iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan pada 31 Oktober 2014 adalah berjumlah RM3,328.03 juta berbanding RM2,907.10 juta pada 31 Disember 2013 dengan perincian seperti berikut:-

  2. Apakah tempias kelembapan ekonomi global terhadap kedudukan kewangan Negeri ?

    Aktiviti ekonomi global terus berkembang pada kadar yang sederhana pada suku kedua tahun 2014. Di Asia, aktiviti ekonomi dalam kebanyakan negara terus berkembang, walaupun pada kadar yang lebih sederhana. Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang kukuh pada suku kedua tahun 2014 disokong oleh eksport yang lebih tinggi dan permintaan dalam negeri swasta yang terus Seterusnya, bagi tahun 2014 KDNK negeri Selangor diunjurkan tumbuh 6.1% dan dianggarkan menyumbang 23.77% kepada KDNK negara.

     

    Secara dasarnya, kelembapan ekonomi global secara tidak langsung menjejaskan ekonomi negeri Selangor terutamanya dari sudut kuasa beli pengguna dan aliran wang dalam pasaran negara. Walau bagaimanapun, impak kelembapan tersebut adalah sangat minima ke atas prestasi kewangan dan dana yang diuruskan oleh Kerajaan Negeri disebabkan tiadanya risiko pelaburan luar negara dan instrumen-instrumen pelaburan yang berubah mengikut pasaran yang mungkin akan memberi kesan negatif secara langsung ke atas kewangan Kerajaan Negeri.

  3. Apakah kaedah yang dilakukan bagi memastikan kedudukan kewangan Negeri terus kukuh ?

    Kerajaan Negeri bagi memastikan kedudukan kewangan Negeri Selangor terus kukuh telah melaksanakan perkara-perkara berikut:-

     

    • pelaksanaan Operasi Bersepadu Mengutip Hasil Tanah dengan kerjasama di antara Perbendaharaan Negeri Selangor, semua Pejabat Daerah/Tanah, Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Bahagian Teknologi Maklumat, SUK sebagai satu pasukan (Ops. Kutip). Di antara pendekatan yang dilaksanakan melalui Ops. Kutip adalah seperti berikut:-
    • Polisi ‘Knock Door’ iaitu dengan menghantar notis tuntutan dan surat peringatan terus kepada penunggak-penunggak tegar;
    • mengadakan siri perbincangan bersama penunggak-penunggak tegar bagi menyelesaikan cukai tanah tertunggak;

     

    • memberikan peluang kepada penunggak untuk membayar secara ansuran berjadual dengan syarat pembayaran dibuat secara konsisten; dan
    • sekiranya penunggak tegar tersebut masih tidak menjelaskan cukai tanah tertunggak, Pejabat Daerah/Tanah akan terus menguatkuasakan Notis 6A, Notis Tuntutan Hasil Tertunggak dan sekiranya dalam tempoh 3 bulan ia masih tidak dijelaskan maka seterusnya Notis 8A, Rampasan Tanah akan
    • Kerajaan Negeri   terutamanya   melalui   Pejabat    Daerah/Tanah   sentiasa berusaha meningkatkan kutipan cukai tanah melalui beberapa kaedah iaitu:-
    • mengenal pasti serta mengasingkan semua hak milik (tertunggak) yang bermasalah agar tindakan susulan dapat diambil;
    • membuka kaunter kutipan di luar pejabat bagi Pejabat Daerah/Tanah di kawasan pedalaman;
    • membuka kaunter pada waktu rehat; dan
    • menambahkan saluran / kaedah pembayaran secara atas talian (online) dan pusat pembayaran di kaunter
    • Kerajaan Negeri juga berusaha menangani tunggakan hasil cukai tanah dengan menubuhkan Jawatankuasa Kerja Mengurangkan Tunggakan Cukai Tanah di Peringkat Negeri yang berfungsi untuk melaksanakan kutipan tunggakan cukai tanah secara holistik yang melibatkan penunggak tegar dan penyelesaian hak milik yang terlibat dengan permasalahan tanah di semua Pejabat Daerah/Tanah;
    • Kerajaan Negeri turut mewujudkan pasukan Taskforce Mengurangkan Tunggakan Cukai Tanah di empat (4) Pejabat Daerah/Tanah iaitu Petaling, Klang, Gombak dan Hulu Langat untuk menangani secara khusus masalah tunggakan cukai tanah daripada hak milik bermasalah;
    • Perbendaharaan Negeri Selangor telah mengeluarkan Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 7 Tahun 2013 : Garis Panduan Perbelanjaan Berhemat dan Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 4 Tahun 2014 : Pemakaian Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 2014 – Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengurangkan Perbelanjaan Awam yang berkuat kuasa masing-masing pada 1 Januari 2014 dan 1 April 2014 bagi memperkemaskan dan membuat penambahbaikan terhadap perbelanjaan berhemah dan langkah-langkah tambahan yang perlu diambil kira ke arah pengurusan perbelanjaan wang awam yang sempurna;
    • pelaksanaan dasar pemilikan tanah Kerajaan untuk tujuan bangunan kediaman persendirian di mana bayaran premium nominal pada kadar RM1,000.00 bagi setiap hak milik dan bayaran khas tanah pada kadar yang ditetapkan apabila tanah tersebut hendak dipindah milik melalui proses jual Hak milik bagi tanah ini akan dikenakan sekatan kepentingan tambahan. Rayuan pengurangan premium tidak dibenarkan; dan
    • pelaksanaan dasar penolakan semua permohonan rayuan pengurangan premium / premium tambahan (sama ada melalui Borang 5A atau 7G) kecuali kes pemberimilikan tanah kepada individu bagi tujuan bangunan kediaman yang telah diduduki.

    Peningkatan rizab Kerajaan Negeri Selangor ini menunjukkan keupayaan pihak pengurusan menguruskan kewangan Kerajaan Negeri dengan cekap dan teratur di samping mematuhi segala peraturan kewangan yang berkuat kuasa. Ianya juga menunjukkan usaha-usaha yang berterusan bagi meningkatkan kutipan hasil Kerajaan Negeri Selangor di samping pengurusan perbelanjaan wang awam yang menekankan prinsip ketelusan, keupayaan dan kebertanggungjawaban dalam semua urusan bagi memastikan nilai serta kualiti bagi perbelanjaan yang dikeluarkan dalam semua urusan adalah yang terbaik (value for money).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.