Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

209) KEDUDUKAN KEWANGAN NEGERI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Perjelaskan secara terperinci sumber kewangan Kerajaan Negeri bagi melaksanakan projek pembersihan sungai Klang pada setiap fasa.

    Kerajaan Negeri Selangor akan memasukkan dana pada mulanya sebagai startup funding. Ini diperuntukkan untuk laporan guna tanah di tiga zon iaitu fasa pertama di Klang, fasa kedua di Shah Alam, Subang Jaya dan Petaling Jaya, dan akhirnya fasa ketiga di Ampang Jaya. Setakat ini, RM200,000 telah diperuntukkan untuk Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), dan RM150,000 untuk Pejabat Tanah dan Galian.

     

    Peruntukan juga dibuat untuk melakukan kempen Pembersihan Sungai Klang. Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan RM50,000 untuk Global Environment Centre (GEC), iaitu sebuah NGO yang akan bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan komuniti, kanak-kanak dan belia untuk latihan dan pendidikan tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai.

     

    Kerajaan Negeri Selangor juga akan memperuntukkan wang kepada sebuah kumpulan perancang untuk membuat ‘vision plan’ pembangunan di pesisir Sungai Klang. Jumlah peruntukan ini belum ditentukan lagi, walaupun kerja sudah pun bermula.

     

    Selain daripada peruntukan ini, Kerajaan Negeri Selangor akan bekerjasama dengan pihak swasta melalui Private Funding Initiatives (PFIs) dan Private-Public Partnership (PPP). Harga sepenuhnya yang perlu dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor akan tergantung kepada syarikat yang dipilih oleh Jawatankuasa Sungai Klang, kebolehan syarikat itu untuk memasukkan dana yang tertentu, dan pengurusan di antara pihak Kerajaan Negeri Selangor dan syarikat.

  2. Terdapat aduan yang mengatakan tender ditutup terlalu cepat hingga ramai pelabur ketinggalan, apakah kerajaan bercadang membuka semula tender ini?

    Proses yang diikuti oleh kerajaan negeri Selangor adalah mengikut proses yang biasanya diamalkan untuk tender. Sebenarnya, terdapat sebanyak 37 syarikat yang membeli dokumen untuk tender (Request for Proposal). Setakat ini tiada rancangan untuk membuka semula tender untuk projek pembersihan dan pembangunan Sungai Klang.

Lampiran

Tiada Lampiran.