Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
348) KEDIAMAN TIDAK TERJUAL (OVERHANG VOLUME)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah statistik kediaman tidak terjual (overhang volume) bagi Negeri Selangor berbanding statistik kediaman tidak terjual (overhang volume) hasil pembangunan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri untuk setiap suku tahun bermula 2021 sehingga kini?
Untuk makluman Yang Berhormat, statistik kediaman RSKU tidak terjual hasil pembangunan anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu PKNS bermula 2021 sehingga kini adalah seperti berikut :
BIL NAMA PEMAJU NAMA PROJEK
UNIT DIBINA BAKI TIDAK JUAL A B C D 1. PKNS Kota Puteri Bandar Batu Arang RMM Kota Puteri 198
4
2. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Keruing Rasa 60
0
3. PKNS Antara Gapi Bandar FASA 1 Sg Chik Teres Antara Gapi 129
0
4. PKNS Antara Gapi Bandar FASA 1D Sg Chik Teres Antara Gapi 80
0
5. PKNS & Debbins Sdn Bhd Rumah Mampu Milik U12 104
0 0 6. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) (Cyberjaya) Selangorku Idaman Residensi 864
23
JUMLAH
1435
0 0 4 23
JUMLAH UNIT RSKU TIDAK TERJUAL
27
Untuk makluman Yang Berhormat, baki unit yang tidak terjual adalah tertakluk kepada syarat-syarat penjualan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri melalui Sistem Permohonan Hartanah Negeri Selangor (SPHNS). Projek tersebut juga tidak boleh dijual melalui pasaran terbuka.