Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

104) KEDIAMAN MAMPU MILIK

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Di dalam kawasan DUN Dengkil berapakah jumlah rakyat yang telah dibantu untuk memiliki rumah sendiri dari tahun 2008 hingga 2012?

    Di dalam kawasan DUN Dengkil tiada rumah kos rendah atau rumah mampu milik yang dibina dari tahun 2008 hingga 2012. Ini kerana tiada pembangunan yang dilaksanakan oleh pemaju swasta. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sedang mengenalpasti tapak-tapak tanah kerajaan yang sesuai untuk dibina rumah kos rendah atau rumah mampu milik dalam tempoh lima (5) tahun.

  2. Berapakah jumlah rumah mampu milik yang telah dibina di Negeri Selangor dari tahun 2008 hingga 2012?

    Jumlah rumah mampu milik yang telah dibina dari tahun 2008 sehingga 2012 adalah sebanyak 1,682 unit. Projek-projek yang terlibat adalah seperi berikut: i) Seksyen 3, Bandar Baru Bangi (PKNS) 124 unit ii) Bandar Sg. Long, Kajang (Sukma Pesona Sdn. Bhd.) 136 unit iii) Taman Selayang Mutiara, (Bukit Botak) (PKNS) 1,422

  3. Bagaimanakah proses pemilihan untuk permohonan rumah mampu milik dilaksanakan?

    Semua pemohon yang ingin membeli rumah mampu milik di Negeri Selangor hendaklah berdaftar dalam Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah Mampu Milik (SPPRM) di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Proses pemilihan pemohon-pemohon yang layak akan ditentukan melalui SPPRM mengikut kriteria pemarkahan yang telah ditetapkan. Nama-nama yang dipilih akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama Pemohon Rumah untuk disemak dan diperakukan oleh mesyuarat jawatankuasa sebelum dihantar kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk kelulusan. Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama Pemohon Rumah ini dianggotai oleh LPHS, wakil Pejabat SUK, wakil Pejabat Tanah/Daerah yang berkaitan dan wakil daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Seterusnya senarai nama yang telah diluluskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri akan dikemukakan kepada pemaju berkenaan dan surat tawaran juga akan dihantar kepada pemohon-pemohon yang berjaya. Sekiranya tiada maklumbalas yang diterima dari pemohon dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tawaran, maka pemohon berkenaan dianggap tidak berminat dengan tawaran tersebut dan pemaju boleh mengemukakan maklumbalas status tawaran kepada LPHS untuk dikemaskini dan senarai nama baru akan dikeluarkan kepada pemaju sebagai gantian.

Lampiran

Tiada Lampiran.