Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
229) KEDAI ROKOK VAPE
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah pendirian Kerajaan Negeri berkenaan penjualan rokok vape di Selangor?
Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 2/2016 yang diadakan pada 13 Januari 2016 telah mengambil maklum Laporan Bengkel Khas Perbincangan Isu Vape Negeri Selangor yang telah diadakan pada 10 hingga 12 Januari 2016 dan bersetuju seperti berikut :
- Selaras dengan surat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertarikh 9 Disember 2015, Kerajaan Negeri juga turut bersetuju agar lesen tidak dibenarkan kepada peniaga vape;
- Kerajaan Negeri akan mewartakan semua kawasan larangan merokok di negeri Selangor sebagai kawasan larangan vape dan penjualan vape tidak dibenarkan kepada pembeli yang berusia 18 tahun ke bawah;
- Semua permohonan lesen baharu yang telah diterima akan dibekukan dalam tempoh satu (1) bulan;
- Dilarang menghisap vape di tempat-tempat awam dan tempat yang diwartakan sebagai kawasan larangan vape; dan
- Penjualan vape dan e-juice hanya dibenarkan di premis di dalam bangunan kedai sahaja.
-
Berapakah jumlah kedai rokok vape yang direkodkan di Selangor?
Jumlah kedai rokok vape di Selangor adalah sebanyak 55 buah. Tiada kelulusan bagi permohonan lesen baru diberikan kepada pengusaha-pengusaha vape. Berikut adalah pecahan bilangan kedai vape mengikut PBT seperti Jadual 1.
PBT BILANGAN KEDAI ROKOK VAPE (JIKA ADA) MBSA – MBPJ – MPSJ 11 MPK – MPAJ 8 MPKJ 17 MPSP – MPS 1 MDKS – MDHS – MDKL 10 MDSB 8 JUMLAH 55 Jadual 1 : Bilangan kedai vape mengikut PBT