Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
62) KEDAI PENIAGA KECIL BANDAR DAN LUAR BANDAR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan kedai kos rendah luar bandar dan bandar di bawah Pejabat Daerah dan MPK?
Terdapat sebanyak 131 buah Kedai Luar Bandar dan 13 buah Gerai Luar Bandar di bawah Majlis Perbandaran Klang. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 144 buah.
-
Adakah perancangan menambah bilangan untuk mengatasi peniaga-peniaga kecil tanpa lesen dirizab kerajaan?
Tiada
-
Berapakah anggaran kos mewujudkan gerai-gerai berpusat di satu-satu lokasi luar bandar?
Anggaran kos pembinaan tapak gerai makan berpusat bergantung kepada keluasan tapak dan bilangan gerai yang dapat dibina.
Untuk rujukan, kos seunit gerai makan adalah RM19 ribu manakala seunit gerai penjaja adalah RM4 ribu.