Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
22) KEDAI MESIN JUDI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah terkini kedai mesin judi yang berlesen dan anggaran yang tidak berlesen mengikut daerah di Selangor
Maklumat daripada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), jumlah terkini kedai mesin judi yang didapati di Negeri Selangor adalah:-
- berlesen 21 unit kedai/premis;
- anggaran yang tidak berlesen 1099 unit kedai/premis.
Pecahan bilangan kedai mesin judi mengikut Daerah adalah seperti di Lampiran 1. Antara tindakan yang boleh dikenakan terhadap pengusaha judi haram adalah di bawah:-
- Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953;
- Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1995 Negeri Selangor;
- Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2007 dan Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan
Sehubungan itu, bilangan pengusaha judi haram yang dikenakan tindakan adalah seperti berikut:-
- i) Tahun 2015 – 4541 pengusaha ii) Tahun 2016 (Jan-Jun) – 1293 pengusaha iii) Tahun 2016 – 1 orang pengusaha dikenakan Tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959
-
Sejauh mana bidang kuasa Kerajaan Negeri untuk membanteras judi haram di Selangor?
Sama seperti di SUB (a)
-
Berapakah bilangan pengusaha judi haram di Selangor yang telah dikenakan tindakan?
Sama seperti di SUB (a)