Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

185) KEDAI JUALAN EHSAN RAHMAH

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan berhasrat bekerjasama dengan pasaraya yang sedia ada seperti 99 Speedmart dan KK Mart berbanding dengan membuka kedai JER di setiap DUN?

    Ehsan Mart merupakan sebuah inisiatif yang tidak dibiayai oleh kerajaan, dengan kos penubuhan sebanyak RM400,000 per outlet. Status Ehsan Mart adalah sama seperti KK Mart dan 99 Speedmart, iaitu sebagai entiti swasta. Pada masa kini, Ehsan Mart melalui anak syarikat PKPS telahpun menjalinkan kerjasama dengan ST Rosyam Mart Sdn. Bhd. Dan Ehsan Segi Fresh. Oleh itu, kerjasama dengan pihak lain adalah terbuka, namun terdapat perbezaan signifikan dalam tujuan dan agenda sosial.

  2. Sila bandingkan kos untuk kerjasama dengan pasaraya sedia ada dengan membuka kedai JER dan tunjukkan kiraan tersebut.

    Perbandingan antara Ehsan Mart dan Pasaraya lain

     

    Ehsan Mart Pasaraya Lain
    Kos penubuhan RM400,000 per outlet Kos penubuhan lebih RM400,000 per outlet
    Membantu golongan B40 dengan menyediakan peluang perkerjaan kepada penduduk tempatan Penggajian pekerja yang lebih banyak melibatkan pekerja asing
    Menawarkan harga barangan yang lebih berpatutan, dengan diskaun antara 15-20% untuk beberapa produk terpilih melalui Jualan Ehsan Rahmah Tiada Jualan Ehsan Rahmah dan lebih focus kepada keuntungan komersial
    Mengutamakan produk-produk keluaran tempatan Lebih terbuka kepada produk-produk luar

Lampiran

Tiada Lampiran.