Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
76) KEDAI / BILIK PAMERAN PENGEDAR-PENGEDAR KERETA TERPAKAI
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah mengeluarkan notis sitaan kenderaan-kenderaan kepada pengedar-pengedar kereta terpakai di Taman Kanangapuram, Seksyen 18, Petaling Jaya disebabkan aduan-aduan oleh persatuan penduduk-penduduk di kawasan tersebut. Pengedar-pengedar kereta terpakai sebegini telah dibenarkan untuk beroperasi di pelbagai bahagian di Petaling Jaya. Walaupun tuntutan-tuntutan mahkamah telah dimasukkan ke mahkamah dan kedai-kedai kereta terpakai yang bersebelahan telah dibenarkan untuk meneruskan operasi. Mengapakah situasi sebegini adalah dibenarkan di mana jelasnya pengedar-pengedar kereta terpakai di Taman Kanagapuram dimangsakan dan tidak dibenarkan untuk beroperasi lagi?
Pihak Majlis telah menjalankan siasatan dan mendapati sebanyak 26 buah premis perniagaan kereta terpakai di Taman Kanagapuram. Daripada jumlah tersebut sebanyak 3 premis mempunyai lesen sah daripada pihak Majlis manakala 23 premis tidak mempunyai lesen daripada pihak Majlis. Sesi dialog dan perjumpaan di antara Majlis Bandaraya petaling Jaya, persatuan penduduk,Ahli Majlis dan pengusaha yang terlibat telah diadakan bagi menyelesaikan isu tersebut.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 4 premis telah berpindah. Manakala baki selebihnya telah mengemukakan rayuan untuk memberhentikan perniagaan selepas Tahun Baru Cina akan datang. Pada masa kini, pihak Majlis sedang mempertimbangkan rayuan tersebut bagi mencari jalan penyelesaian secara menyeluruh.
-
Bilakah pihak negeri akan mengimplementasikan garis panduan yang sesuai bagi pengendali-pengendali pengedar-pengedar kereta terpakai untuk diikuti dan untuk pegawai-pegawai penguat kuasa untuk diberi panduan yang betul untuk membezakan antara kedai-kedai kereta terpakai yang haram atau tidak?
Jumlah lot kediaman dijadikan pusat pameran/ jualan kereta baru/ terpakai di Petaling Jaya.
Jumlah premis kediaman yang dijadikan Perniagaan Menjual Kereta Terpakai/ Baru
KAWASAN BILANGAN Status Kelulusan Ada Tiada Taman Kanagapuram
25 3 (kelulusan sehingga 31 Dis. 2010)
22 Jalan Universiti
3 2 (kelulusan sehingga 31 Dis. 2010)
1 Jalan Gasing 2 2 (kelulusan sehingga
31 Dis. 2010)
– Jalan Kemajuan
3 3 (kelulusan sehingga 31 Dis. 2010)
– Jalan Selangor 2 1 (kelulusan sehingga 31 Dis. 2010)
1 SS2 1 – 1 (tindakan pengaduan ke Unit Perundangan telah dibuat)
Jalan Othman 2 – 2 Jumlah
38
11
27
-
Apakah jumlah nombor kedai-kedai kereta terpakai di Petaling Jaya dan bilangan yang telah dikenal pasti sebagai sah atau haram ? Sila bekalkan maklumat-maklumat terperinci.