Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
85) KEDAI BESI BURUK HARAM
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kronologi tindakan Kerajaan Negeri terhadap kedai besi buruk haram di Seksyen 18 Petaling Jaya?
Berikut merupakan kronologi tindakan berserta statistik yang telah diambil oleh Pihak Majlis dari tahun 2013 sehingga terkini:
Jenis Tindakan Jumlah Kompaun 182 Sitaan 76 JUMLAH TINDAKAN 258 -
Mengapa kedai-kedai tersebut masih beroperasi walaupun aduan dibuat sejak 2013
Berikut merupakan sebab-sebab utama premis besi buruk tanpa lesen masih beroperasi di sekitar Petaling Jaya :-
- Premis tersebut menjalankan aktiviti tanpa mendaftarkan perniagaan kepada SSM dan tindakan mahkamah tidak dapat dilakukan kerana kekurangan dokumen;
- Premis tersebut bertukar pemilik dan aktiviti perniagaan masih dijalankan;
- Premis dan pemilik aktiviti perniagaan adalah orang yang berbeza. Ini kerana ianya disewakan bukan