Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

111) KECURIAN PASIR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Siapakah yang bertanggungjawab untuk mengawal dan menguatkuasakan aktiviti perlombongan pasir dan adakah pihak-pihak tersebut berkemampuan?

    KSSB bertanggungjawab untuk mengawal dan menguatkuasakan aktiviti
    perlombongan pasir di Negeri Selangor. Setakat ini semua permit pasir (Borang 4C)
    dikeluarkan kepada KSSB.

  2. Apakah langkah yang betul jika rakyat mahu melaporkan sebarang aduan?

    Langkah yang betul jika rakyat mahu melaporkan sebarang aduan adalah melalui
    Pejabat Tanah Daerah yang berkenaan.

  3. Adakah benar kegiatan pencurian pasir atau perlombongan haram ini didalangi oleh kumpulan kongsi gelap?

    Mengikut pemerhatian dan penelitian Pejabat Tanah, kebanyakan kegiatan kecurian
    pasir dijalankan oleh pengusaha pasir yang telah lama berkecimpung dalam aktiviti
    perlombongan pasir (samada pernah mempunyai Borang 4C atau tidak pernah
    mempunyai Borang 4C).

Lampiran

Tiada Lampiran.