Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

150) KECURIAN PASIR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri bercadang mewujudkan sebuah pasukan penguatkuasa atau semacam polis bantuan untuk mengekang aktiviti kecurian pasir?

    1. Setiap Pejabat Tanah telah pun mempunyai Unit Penguatkuasa yang berfungsi menjalankan penguatkuasaan bagi kesalahan-kesalahan di dalam Kanun  Tanah  Negara, 1965 termasuklah penguatkuasaan di bawah seksyen 426 KTN. Unit ini terdiri daripada Penolong Pentadbir Tanah, Penolong Pegawai Tanah dan Pembantu Penguatkuasa. Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Pemantauan Permit Pasir yang berfungsi memantau dari aspek teknikal terhadap keakuran pemegang permit / kontraktor dalam menjalankan aktiviti perlombongan pasir mengikut syarat-syarat dan kehendak Jabatan Teknikal yang berkenaan  dan  Pentadbiran

     

  2. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk mengenakan penalti kepada pejabat tanah daerah akibat tidak dapat mengawal industri pasir?

    1. Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk mengenakan penalti kepada Pentadbir Tanah yang tidak dapat mengawal industri pasir kerana menyedari akan kekangan yang ada seperti kekurangan anggota serta peralatan di peringkat  pentadbiran  Sehubungan itu, bagi mempertingkatkan keberkesanan dalam aspek pengurusan  isu pasir ini, kerajaan negeri melalui keputusan MMK Ke 11/2010 yang bersidang pada 24 Mac 2010 telah melantik Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Ketua Penyelaras kepada KSSB, Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Pejabat Tanah bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dari isu pasir ini dalam tempoh 6 bulan. Matlamat utama adalah supaya pengeluaran pasir dapat dipertingkatkan serta memberikan hasil yang maksima kepada Kerajaan Negeri.

     

  3. Adakah kerajaan menyediakan peruntukan khas bagi memperbaiki tebing sungai dan jambatan runtuh akibat aktiviti perlombongan pasir tidak terkawal?

    1. JPS tidak diberikan peruntukan khas bagi kerja-kerja memperbaiki tebing sungai dan jambatan yang runtuh akibat aktiviti perlombongan pasir haram, walaubagaimanapun terdapat peruntukkan di bawah Program Penyelenggaraan Sungai yang  boleh  digunakan bagi tujuan tersebut. Setakat ini JPS belum dapat mengaitkan insiden jambatan runtuh dengan perlombongan

     

    Jumlah keseluruhan peruntukan di bawah Program Penyelenggaraan Sungai 2010 RM 800,000

     

Lampiran

Tiada Lampiran.