Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
157) KECURIAN KABEL LAMPU JALAN
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan langkah-langkah yang di ambil untuk menyelesaikan dan mencegah kejadian kecurian kabel lampu awam yang semakin berleluasa.
Antara langkah-langkah yang diambil oleh PBT untuk menyelesaikan dan mencegah kejadian kecurian kabel lampu awam yang semakin berleluasa adalah dengan:
- Melantik kontraktor untuk menjalankan skop kerja-kerja penyelanggaraan di setiap zon dan membuat rondaan secara berjadual;
- Mensyaratkan pihak kontraktor untuk memasang alat pengesan kenderaan (GPS) di kenderaan rondaan seperti (skylift) bagi memastikan rondaan dijalankan oleh pihak kontraktor;
- Laporan rondaan, laporan teknikal dan laporan bergambar akan diserahkan secara bulanan kepada PBT untuk tujuan rekod dan pemantauan;
- Menggalakkan kerjasama penduduk setempat untuk melaporkan jika mendapati terdapat orang yang dicurigakan melakukan aktiviti korekan kabel;
- Memastikan feeder pillar dalam keadaan berkunci sepanjang
-
Apakah jaminan kerajaan agar setiap jalan awam pasti dalam keadaan yang terang dan selamat.
Jaminan Kerajaan agar setiap jalan awam berkeadaan terang dan selamat adalah memastikan kerja naiktaraf lampu jalan ini dijalankan mengikut perancangan tahunan berdasarkan bajet yang diperuntukan. Selain daripada itu, PBT turut mensyaratkan semua pintu perkhidmatan (service door) di tiang lampu jalan yang dipasang 2 meter lebih tinggi berbanding sebelum