Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

211) KECURIAN AIR DI SETIAP DAERAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan jumlah kali penguatkuasaan dijalankan oleh setiap PBT dalam operasi membanteras kecurian air yang berlaku di Selangor

    Penguatkuasaan kecurian air adalah di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Air Selangor bekerjasama dengan SPAN untuk membanteras gejala kecurian air.

  2. Berapakah jumlah tindakan pendakwaan di mahkamah telah dilakukan setakat ini?

    Sehingga Disember 2016, 568 kes telah dihadapkan ke mahkamah dan 95 kes telah jelaskan tuntutan pembayaran sepenuhnya.

    Baki kes masih dalam peringkat tuntutan di mana 422 kes menunggu pengiraan semula, 21 kes telah menjelaskan sebahagian pembayaran dan 2 kes membayar secara ansuran dan 28 kes di bawah prosiding pelaksanaan.

  3. Dianggarkan berapakah jumlah wang ringgit kerugian ditanggung oleh Kerajaan Negeri?

    Syarikat Kumpulan Air Selangor telah menanggung kerugian hasil daripada kecurian sebanyak RM44 juta dari tahun 2010 sehingga Jun 2017.

Lampiran

Tiada Lampiran.