Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
77) KECICIRAN PELAJAR DI LEMBAH JAYA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bolehkah pihak Kerajaan Negeri mengenalpasti data terbaru keciciran pelajar di Lembah Jaya dan apakah perancangan terkini untuk menanganinya?
Terdapat 5 buah sekolah rendah dan 5 buah sekolah menengah yang berada di bawah DUN Lembah Jaya, di mana 2 buah sekolah (1 SR dan 1 SM) terletak di PPD Gombak dan 8 buah sekolah (4 SR dan 4 SM) lagi berada di PPD Hulu Langat.
Berdasarkan data keciciran murid mulai Mac 2024 sehingga kini, seramai 54 orang daripada 5 buah sekolah rendah dan menengah dikenalpasti tercicir daripada sistem pendidikan.
Berikut adalah perincian data keciciran pelajar di Lembah Jaya.
PPD / SEKOLAH Berhenti Sekolah – Bekerja Berhenti Sekolah – Berkahwin Berhenti Sekolah – Masalah keluarga Berhenti Sekolah – Sakit Kronik Berhenti Sekolah – Sukar ke sekolah (jarak dan pengangkutan) Berhenti Sekolah – Tidak berminat ke sekolah Tindakan Disiplin – Dibuang Sekolah Jumlah PPD GOMBAK 1 1 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT INDAH 1 1 PPD HULU LANGAT 3 1 3 1 1 15 29 53 SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANG CAMPURAN 1 6 7 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU AMPANG 3 1 1 6 9 20 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN TASIK 2 3 16 21 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TASEK PERMAI 1 4 5 Jumlah keseluruhan 3 1 3 1 1 15 30 54 Sumber data daripada Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
Sebagai intervensi menangani keciciran murid, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPN Selangor) telah menubuhkan Task Force Komuniti (Ketidakhadiran) Negeri Selangor yang melibatkan agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Focal Person Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) daerah-daerah, Lembaga Zakat Selangor, dan ketua-ketua komuniti daerah (penghulu). Permuafakatan ini membincangkan peranan agensi dalam membantu pihak JPN Selangor menangani isu keciciran murid ke sekolah. Selain itu, program kesedaran awam melalui siri podcast seperti yang diadakan dengan pihak Lembaga Zakat Selangor turut pernah dianjurkan bagi menimbulkan kesedaran masyarakat tentang peranan komuniti dalam menangani isu keciciran murid.
Program sokongan intervensi turut dilaksanakan melibatkan outreach negeri melibatkan ziarah cakna ke kediaman murid-murid terpilih bagi mengenalpasti apakah masalah yang dihadapi oleh murid untuk intervensi bersesuaian diatur. Selain itu, talian cakna yang dilaksanakan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling sebagai usaha bimbingan dan motivasi secara berterusan untuk murid kembali ke sekolah.
Perbincangan dengan agensi penyedia latihan teknikal dan kemahiran awam dan swasta turut dilaksanakan bagi mencadangkan murid dan ibu bapa peluang alternatif peningkatan ilmu dalam bidang kemahiran. Ini termasuk tawaran laluan sijil kemahiran Malaysia (SKM) daripada agensi seperti Pusat Giat Mara, Kolej Komuniti, Akademi P10X, Carsome Academy, Kolej Automotif TOC.
JPN Selangor sentiasa memberikan perhatian yang tinggi terhadap isu ini bagi memastikan tiada murid yang tercicir daripada sistem pendidikan arus perdana atau sekurang-kurangnya berpeluang untuk memperoleh laluan pendidikan daripada agensi kemahiran dan latihan yang bersesuaian.
-
Adakah Kerajaan Negeri mahu menambah pusat autism di Lembah Jaya?