Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
113) KECERIAAN, KEINDAHAN PEKAN MERU DAN PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyusun dan membangunkan semula pekan Meru supaya lebih kemas, tersusun dan sistematik pembangunannya?
Mengikut Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang (Pengubahan 4) 2020, Pekan Meru dirancang sebagai pusat petempatan kecil yang mengandungi kawasan perumahan terancang, kawasan perniagaan dan juga kawasan perindustrian yang dijadikan sokongan pembangunan kepada penduduk sekitar. Adalah dirancang untuk Majlis Perbandaran Klang menyediakan Rancangan Kawasan Khas dalam menyediakan pelan pembangunan komprehensif untuk perancangan pembangunan jangka pendek.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menyekat dan mengambil alih semula tanah-tanah Kerajaan Negeri serta status bangunan yang dibina secara haram di atasnya?
Diantara tindakan Majlis Perbandaran Klang ke atas bangunan yang dibina secara haram di atas tanah-tanah kerajaaan adalah dengan memperkasakan tindakan penguatkuasaan dengan kerjasama Pejabat Tanah/Daerah Klang.