Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

163) KEBUN KOMUNITI

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah sebarang inisiatif dari Kerajaan Negeri bagi menggalakkan aktiviti kebun komuniti?

    Aktiviti kebun komuniti di Selangor adalah di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan dan Majlis Perbandaran. Jabatan Pertanian menyokong dan sentiasa menggalakkan aktiviti kebun komuniti di Selangor dengan memberi fokus kepada khidmat nasihat pertanian, latihan/kursus/hands on kepada kebun komuniti yang berminat. Selain itu, kebun komuniti juga digalakkan untuk mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) dan dibimbing untuk memperolehi pensijilan myGAP dan myOrganic dari Jabatan Pertanian.

  2. Adakah sebarang insentif yang disediakan bagi memastikan keterlibatan rakyat di dalam menjamin makanan yang mencukupi serta mengelakkan inflasi barang makanan?

    Bagi memastikan keterlibatan rakyat di dalam menjamin makanan yang mencukupi serta mengelakkan inflasi barang makanan, Kerajaan Negeri di bawah Jabatan Pertanian menyediakan insentif di bawah Projek Pembangunan Pertanian Negeri Selangor seperti berikut:

     

    1. Insentif Pembangunan Tanaman Sayuran & Kontan
    2. Insentif Pembangunan Herba & Rempah Ratus
    3. Insentif Pembangunan Teknologi Fertigasi
    4. Insentif Pembangunan Madu Kelulut
    5. Insentif Pembangunan Produk Hiliran Pertanian (IAT)
    6. Insentif Pembangunan Buah-Buahan
    7. Insentif Pembangunan Tanaman Cendawan
    8. Program Pembangunan Golongan Sasar

     

    Jabatan Pertanian juga melaksanakan kursus-kursus/latihan/ seminar/persidangan bagi menggalakkan penyertaan golongan sasar dan memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi bagi meningkatkan pengetahuan, berkongsi ilmu dan meluaskan jaringan kerjasama. Program latihan yang diberikan adalah secara percuma dan terbuka kepada semua.

Lampiran

Tiada Lampiran.