Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
163) KEBUN KOMUNITI
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah kebun komuniti di kawasan Meru dan MBDK.
Jumlah kebun komuniti di kawasan Meru dan MBDK adalah seperti berikut:
JUMLAH KEBUN KOMUNITI MERU MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG
Tiada 4 -
Apakah perancangan Kerajaan Negeri ke arah pengkomersilan hasil kebun komuniti?
Dalam konteks pengkomersialan, antara perancangan Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:
- Menyediakan geran khas bagi penyelidikan tanaman/herba untuk dijadikan produk – produk kesihatan;
- Menyediakan geran khas (start-up cost) bagi pelaksanaan kebun komuniti berskala besar;
- Bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Negeri Selangor untuk mengadakan bengkel/kursus penanaman pokok/sayur supaya hasil tanaman dapat dipertingkatkan dan boleh dipasarkan di luar komuniti setempat seperti di pasaraya dan kedai runcit; dan
- Menggalakkan kerjasama strategik di antara pihak berkepentingan iaitu agensi awam, swasta dan NGO bersama komuniti selain mempromosikan kebun komuniti secara meluas terutama penduduk di bandar.
-
Apakah jangkaan keberhasilan daripada program Geran Kecil Alam Sekitar?
Penganjuran program Geran Kecil Alam Sekitar (GKAS) Negeri Selangor merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha mewujudkan persekitaran hijau, rendah karbon serta dapat membudayakan amalan kehidupan mampan dalam kalangan komuniti bandar. Program GKAS telah mula dilaksanakan pada tahun 2018 dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai peringkat komuniti.
Pada tahun ini, GKAS diteruskan dengan konsep yang sama iaitu untuk membantu komuniti mengakses pembiayaan bagi projek-projek yang inovatif agar kesedaran mengenai kepentingan memelihara alam sekitar dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Jangkaan hasil daripada penganjuran GKAS ini adalah seperti berikut:
- Komuniti dapat menghasilkan projek-projek berinovasi yang boleh memberikan impak positif jangka panjang ke atas pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar dan berunsur hijau;
- Menjadi salah satu elemen penyelesaian kepada cabaran-cabaran proses urbanisasi yang pesat di kawasan-kawasan bandar, disamping menyumbang kepada pembangunan yang lestari;
- Memupuk semangat kerjasama dan integrasi sosial di kalangan masyarakat melalui penglibatan dalam program-program yang dianjurkan.
- Memperkukuhkan persekitaran yang menyokong pertumbuhan hijau serta menangani isu dan cabaran berkaitan alam sekitar dalam melaksanakan projek pembangunan negeri.