Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
137) KEBUDAYAAN, PELANCONGAN DAN WARISAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan industri sate Kajang sebagai hub pelancongan utama di negeri Selangor
Sate Kajang merupakan salah satu daya tarikan utama untuk menarik para pengunjung terutamanya pelancong di dalam negara untuk datang ke Kajang. Majlis perbandaran Kajang dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Tourism Selangor telah merancang pelbagai program untuk membangunkan industri sate Kajang sebagai hub pelancongan Negeri
Senarai Program Unit Pelancongan Majlis Perbandaran Kajang 2015
Bil. Program / Aktiviti Tarikh Penganjur 1.
Penganjuran Karnival 1001 Rasa Sate
Kajang 2015
April 2015
Kerajaan Negeri Selangor / Majlis Perbandaran Kajang /
Tourism Selangor
2.
Pesta Sate Selangor 2015
Akan Di Maklumkan Kelak
Kerajaan Negeri Selangor / Majlis Perbandaran Kajang / Tourism Selangor
3. Hari Terbuka Galeri Sate Kajang 2015 Disember 2014 Majlis Perbandaran Kajang 4. Lawatan Harian Galeri Sate Sepanjang Tahun 2015 Majlis Perbandaran Kajang -
Apakah ada usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan negeri untuk menaiktaraf Kajang sebagai Bandar Warisan Selangor kerana bandar Kajang sudah berusia lebih seratus tahun
Pihak Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor tidak menerima sebarang permohonan dari Majlis Perbandaran Kajang bagi tujuan
-
Minta Kerajaan Negeri mengemukakan inisiatif untuk memelihara warisan kebudayaan di negeri Selangor
Pihak kerajaan Negeri melalui Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor sebagai agensi pelaksana telah melaksanakan kerja-kerja konservasi (pemuliharaan) terhadap dua buah bangunan lama iaitu Bangunan Gedong Timah Raja Abdullah Klang dan bangunan Istana Bandar Kuala Langat. Perbadanan Adat Melayu juga dari masa ke semasa akan melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan terhadap bangunan-bangunan lama yang mengalami kerosakan terutama kesan daripada masalah