Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
57) KEBUDAYAAN NEGERI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah dasar negeri untuk membangunkan bidang kebudayaan?
Pada ketika ini Kerajaan Negeri mengguna pakai Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang diselaraskan mengikut keperluan di Negeri Selangor. Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini dijadikan sebagai garis panduan dalam merangka program – program untuk membangunkan kebudayaan di Negeri Selangor. Justeru itu, mulai tahun 2015, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan akan mempergiatkan lagi usaha-usaha melalui pelbagai program dan aktiviti untuk memelihara, memulihara dan membangunkan pelbagai bentuk kebudayaan dan kesenian yang ada di Negeri
-
Bagaimanakah kerajaan negeri mempromosikan kebudayaan negeri kepada para pelancong di Selangor?
Negeri Selangor merupakan negeri maju yang mana status ini diketahui umum. Namun begitu, masih rendah tahap kesedaran dan prmosi berkenaan kebudayaan Negeri Selangor kepada warga Selangor atau pun orang luar. Justeru itu, program pembudayaan dan promosi berkenanan kebudayaan dan kesenian Negeri Selangor akan dipergiatkan mulai tahun 2015. Dengan ini kebudayaan Selangor yang ada dapat dipelihara, dipulihara dan terus dibangunkan agar Selangor turut dikenali dengan Negeri yang kaya dengan kebudayaan dan