Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
41) KEBOLEHPASARAN GRADUAN UNISEL
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Pada tahun 2017 dan 2018, berapa ramaikah graduan tempatan di UNISEL mengikut jurusan?
Berikut adalah jumlah graduan tempatan UNISEL mengikut jurusan bagi tahun 2017 dan 2018 (Rujuk Lampiran).
-
Berapa ramaikah graduan tempatan UNISEL yang dilaporkan telah berjaya mendapat pekerjaan?
Ini adalah data yang dijana oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)/ Kementerian Pendidikan Malaysia;
Data di bawah ini adalah data sebenar yang diisi oleh semua graduan sebulan sebelum mereka bergraduasi pada konvokesyen ke-12. KPT memberi masa setahun untuk mereka menjana data sebenar graduan yang sudah bekerja atau tidak. Selepas 6 bulan pelajar mengisi data, KPT akan menghebahkan melalui emel kepada mereka untuk mengetahui status terkini graduan dalam mendapat pekerjaan. Ada kemungkinan data ini sudah berubah dan graduan kebanyakannya sudah bekerja.